AdSense

Thursday, January 5, 2017

Tragedi bas : Kerajaan pandang serius, SPAD tubuh Makmal Bas


Benar, kemalangan jalan raya merupakan perkara subjektif dan umum. Kalau hendak jadi, jadi juga. Tetapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan kerana ianya boleh dibendung menerusi beberapa langkah pencegahan.


Selain peruntukkan undang-undang sedia ada, Makmal Bas misalnya ditubuhkan semata-mata mahu meningkatkan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas itu sendiri.

Untuk makluman pembaca, Makmal Bas ini akan ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan dilaksanakan pada bulan depan. Ia akan melibatkan pelbagai pihak seperti badan berkepentingan dalam industri termasuk orang awam di seluruh Semenanjung Malaysia.

Memahami apa itu Makmal Bas? Antaranya...

  • Ambil kira model perniagaan
  • Cara-cara menangani isu kekurangan pemandu
  • Usul-usul perbaiki kebajikan pemandu
  • Pendekatan teknologi
  • Polisi dan syarat-syarat pelesenan
  • Peningkatan mutu terminal dan infrastruktur

Seperti kata Datuk Seri Hajah Nancy Shukri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan akan terus bekerjasama dengan pengendali bas ekspres, persatuan-persatuan, agensi dan pemegang kepentingan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas ekspres serta keselamatan penumpang.


Sementara kerajaan memandang serius isu kemalangan atau tragedi bas yang berlaku dalam negara, baik kemalangan kecil apatah lagi besar sehingga meragut nyawa.

Mengambil contoh kejadian menyayat hati dalam tragedi bas ekspress di Pagoh pada 24 Disember lalu, siasatan terperinci telahpun dimulakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi mengenalpasti punca nahas tersebut dengan bantuan agensi-agensi Kerajaan lain yang turut melakukan siasatan di bawah bidang kuasa masing-masing.


Oleh yang demikian, orang ramai usahlah mewujudkan apa jua bentuk spekulasi berhubung kejadian tersebut yang mengorbankan banyak nyawa termasuk pemandunya. Biarlah pihak berwajib menyudahkan siasatan mereka.

Dalam perkembangan sama, semua syarikat bas ekspres juga telah diberi amaran supaya memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan pemanduan dan keselamatan penumpang.

Ini termasuklah melakukan pemeriksaan terhadap keadaan pemandu sebelum memulakan perjalanan lebih-lebih lagi menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

SPAD juga telah diminta untuk menggandakan audit berasaskan risiko (risk based auditing) ke atas pengendali-pengendali bas ekspres bagi memastikan pematuhan ke atas Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) dilaksanakan demi keselamatan penumpang.


 ICOP Keselamatan SPAD secara jelas telah mempertanggungjawabkan pengendali bas ekspres untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Malah, pekeliling berkenaan turut menitikberatkan aspek pematuhan kepada had kelajuan yang merupakan salah satu agenda keselamatan yang paling kritikal dan harus dipantau oleh pengendali setiap masa.

Hajah Nancy turut menyatakan bahawa terdapat pengendali bas ekspres yang boleh dijadikan contoh bagi meningkatkan tahap prestasi industri berdasarkan rekod perkhidmatan dan keselamatan yang cemerlang.

Pihak kerajaan dan SPAD sendiri kelihatan cukup bersungguh-sungguh dalam hal ini. Jika semuanya mematuhi peraturan dan ketetapan yang digariskan, sudah tentu tragedi kemalangan jalanraya dapat dielakkan.

1 comment:

  1. Daripada sudut mutu jalan, adakah ianya mematuhi piawaian sebenar khususnya berkenaan keselamatan.

    Keadaan permukaan jalan dan cengkaman tayar kenderaan yang sehubungan dengan engineering works. Kelebaran , kecerunan, bilangan selekoh merbahaya. Tidakkah ini menyumbang kepada hazards.

    Ambil contoh fizikal LPT yang membenarkan had kelajuan 110 KM/J. Apa pengalaman pemandu yang pernah menggunakan LPT ni?

    Bagaiamana kadar cengkaman permukaan LPT yang berombak ni ditaksir semasa ianya kering atau basah?

    Ingin tahu pendapar pakar . Apakah bahan binaan lazim untuk jalanraya di Malaysia ini diuji secara saintifik dan tahap kesesuaiannya.

    Ambil pula contoh jalan persekutuan dr. Tg Karang hingga Sabak Bernam. Keadaan fizikal permukaan yang kuat berombak dan bertampal, life span binaan yang seperti tidak tahan lama kerana kekerapan berlaku kerja-kerja resurface disitu.

    Jangan salahkan kenderaan berat. Yang penting adalah perubahan mindset dari sudut mengutamakan keselamatan pengguna.

    Nyata permukaan kerak jalan daripada campuran bitumin sangat lemah kepada kenderaan berat berbanding buatan daripada konkrit.

    Paten terlalu cepat dan kerap menyelenggara permukaan kerak bitumin adalah tanggungan besar. Cuba check berapa kali tawaran tender kontrek kerja-kerja ini dikelurkan dan berapa jumlah kos keseluruhan perbelanjaannya?

    ReplyDelete