AdSense

Friday, December 30, 2016

Audit semua sistem pengangkutan awam - Liow Tiong Lai


Menjelang suku pertama tahun depan, SEMUA rangkaian sistem pengangkutan awam akan diaudit oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan keselamatan pengguna.


Audit tersebut merangkumi pemeriksaan terhadap reka bentuk kenderaan, pembinaan, kelulusan serta prosedur pemeriksaan termasuk rekod simpanan oleh agensi yang berkaitan.

Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, audit tersebut akan dilaksana dan dilaporkan pada suku pertama tahun 2017.

Ketika ini, proses menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) sebagaimana yang dicadangkan oleh Panel Penasihat Bebas sedang dilakukan.

Tiong Lai juga telah mengarahkan kementeriannya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (MIROS) supaya memantau segala pelaksanaan serta cadangan yang digariskan oleh panel tersebut.

Usah risau, pihak kementerian juga akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai status laporan perlaksanaannya dalam laman sesawang agensi berkaitan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment