AdSense

Tuesday, September 13, 2016

'SPIN' - Ini kenyataan sebenar Wee Ka Siong



Suara Lensa masih memikirkan, bagaimana lidah rasmi pembangkang Malaysiakini boleh mendapat Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 sekitar hujung Febuari 2014 lalu...

Sedangkan kebanyakkan tulisannya cenderung kepada putar belit kenyataan orang lain dan berbaur persepsi sahaja?


Ambil positif, barangkali itu rezeki mereka dan anugerah yang hanya berasaskan undian awam dan penilaian juri, bukannya melalui proses pilihanraya... Kata orang, ia macam rancangan televisyen Akademi Fantasia - pemenangnya sudah disusun penganjur....

Sudah banyak kenyataan diputar belit... Lain yang dikata, lain pula yang ditulis wartawan totok DAP ini. Mungkin bagi mereka, pembaca lebih gemar membaca kisah-kisah dongeng yang menyentuh emosi dan pemberontakkan.

Di mana letaknya etika seorang wartawan? Usah lagi ditanya. Entah-entah ianya sudah lama dilupakan. Walaupun ada dikalangan mereka mempelajarinya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Komunikasi Massa (MassComm).

Wartawan Malaysiakini menyasarkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (termasuk isteri, anak-anak dan keluarga) serta pemimpin pembangkang yang tidak menyebelahi mereka. Najib Razak, Isteri Rosmah Mansor dan Hadi Awang antara nama paling atas disenaraikan dalam sasaran mereka selain jemaah menteri. Portal mereka gagal mencapai hit rating tanpa menyebut nama-nama tersebut.

Serangan mereka tidak rasis. Bermaksud, sesiapa sahaja yang mengibarkan bendera dacing Barisan Nasional akan diserang. Termasuklah baru-baru ini, tiba giliran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong pula diserang.

"Wee Ka Siong : Saya tidak tahu tentang MO1 ialah Najib, tanya Rahman Dahlan"

Demikian tajuk video yang digunakan KiniTV bertarikh 2 September 2016 yang lalu berhubung pertanyaan wartawan mereka,

"Datuk Seri, Rahman Dahlan berkata Malaysia Official No 1 ialah Najib, jadi apa yang anda rancang (untuk lakukan) tentang perkara ini?".

Sedangkan, apa yang dijawab Ka Siong pada ketika itu berbunyi,

"Saya tidak tahu, mengapa, jadi anda tidak terus bertanya kepadanya?"

Jelas, maksud Ka Siong ialah kenapa mesti bertanya tentang MO1 kepadanya sedangkan kenyataan asal dikeluarkan oleh Datuk Rahman Dahlan.

Paling penting di sini, beliau langsung tidak menyebut nama Perdana Menteri sewaktu memberi respon terhadap soalan wartawan Malaysia kini tersebut!

Hebat Malaysiakini bukan. Hanya sedikit putar belit sahaja sudah mampu mengubah keseluruhan kenyataan sebenar.

Apakah jika mahu menerima Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia perlu menjadi pemutar belit terlebih dahulu?

No comments:

Post a Comment