AdSense

Tuesday, September 13, 2016

Cepat bantu - Terima Kasih ADUN (BN) Jenderak


Bukan macam pembangkang, hendak jumpa wakil rakyatnya susah sekali... Nama saja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi bila ada isu-isu rakyat, ada saja alasan mereka.

Senario bencana alam banjir di Kajang boleh dijadikan sebagai rujukan... Bukanlah tidak ada bantuan sampai, ada. Tetapi ianya lambat... Hendak pusing ke Permatang Pauh terlebih dahulu...


Di Pahang, kebanyakkan wakil rakyat Barisan Nasional cukup dekat dengan rakyat. Pantang ada masalah, cepat saja mereka turun padang.

Seperti ADUN Jenderak ini, Datuk Seri Mohamed Jaafar, boleh disifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Speaker DUN Pahang kerap kali dilihat bersama-sama masyarakat dikawasannya. Bukan seperti sesetengah ADUN pembangkang, hanya timbul semasa kempen pilihanraya saja...

Dalam kejadian 11 September baru-baru ini, Felda Jenderak Utara dilanda bencana alam - angin kencang dan ribut sehingga memusnahkan beberapa harta benda awam dan penduduk.

Biarpun Mohamed pantas turun padang, kedengaran suara kecil di media sosial yang mendakwa tidak mendapat perhatian. Biasalah...

Tidak cukup aktif di lapangan, Mohamed juga aktif di media sosial apabila menjawab pertanyaan masyarakat setempat mengikut peredaran semasa.


Alhamdulillah, segala permasalahan dapat diselesaikan dengan begitu mudah. Apa yang paling penting, masyarakat dapat dibantu terutama sekali ketika keadaan memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti Mohamed Jaafar.

Terima kasih YB!

#ADUNJenderak #UMNO #BarisanNasional #Pahang #BencanaAlam

No comments:

Post a Comment