AdSense

Thursday, April 30, 2015

#GST : Tudiaa... peniaga sudah kena laaa



Sebab itu kita rakyat Malaysia jangan cepat melatah... Kononnya, sebab GST maka harga barang naik. Walhal sebelum GST dilaksanakan lagi harga barang sememangnya sudah naik! Jenuh la agensi penguatkuasa nak pantau...

Cukai GST yang baharu menggantikan SST ini ternyata satu langkah berani kerajaan, sekalipun dituduh macam-macam oleh pembangkang.

Pihak kerajaan sekarang dilihat begitu komited membanteras segelintir peniaga yang degil dan terang-terangan memperdayakan pengguna!


Terbaharu, mengikut laporan Bernama, sebuah restoran di Seksyen 16 menjadi yang pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) 2014 sejak CBP (GST) dilaksanakan 1 April lepas.

Restoran Hameeds Corner diwakili pemiliknya, Raja Bunesh Bagam Kamarudeen, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam atas lima pertuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 keping invois cukai yang tidak mengandungi butiran ditetapkan mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan CBP 2014.

Pihak restoran itu didakwa melakukan kesalahan di premisnya yang beralamat di No.3-1-1, Suria Avenue Apartment 16/2, Seksyen 16 di sini dari 7 April sehingga 11 April lepas.

Hameeds Corner didakwa mengikut Seksyen 33 (2) (b) Akta CBP 2014 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 96 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nampak tak, kerajaan memihak kepada pengguna iaitu rakyat Malaysia sendiri. Segelintir peniaga yang berniat jahat mengaut keuntungan ini sewajarnya dibanteras!

Rakyat Malaysia yang membantah GST ini pula memihak kepada siapa? Adakah mereka sokong kepada tindakan segelintir peniaga yang mencekik darah? Jika tidak, kenapa bantah GST?


No comments:

Post a Comment