AdSense

Tuesday, August 27, 2024

Tips buat aduan terhadap guru, identiti pengadu selamat




Alhamdulillah. Pegawai aduan Sispaa dah call saya pada jam 6:31 petang. Bila saya check emel, ada emel baru masuk jam 5:45 petang.

Saya puas hati dengan penerangan Tuan Ahmad Faiz tentang isu maklumat pengadu bocor ni.


1. Bila aduan dibuat kepada Sispaa, pegawai di Sispaa akan panjangkan kepada Unit Aduan Negeri (JPN). Unit Aduan JPN pula akan panjangkan kepada Unit Aduan PPD. Pegawai Unit Aduan PPD akan turun ke sekolah menyiasat. 


2. Segala maklumat tentang aduan, nama pengadu, no phone, apa aduan dipanjangkan berperingkat dari Sispaa - JPN - PPD - Sekolah.


3. Kebocoran mungkin berlaku di dua tempat.


a) JPN. Pegawai JPN yang terima aduan mungkin kenal dengan guru yang dibuat aduan. Maka pegawai inilah maklumkan pada guru itu siapa yang buat aduan.


b) PPD. Pegawai aduan PPD yang turun ke sekolah menyiasat ini ada maklumat lengkap tentang pengadu. Ada kemungkinan pegawai ini akan dedahkan maklumat pengadu pada suspek yang diadu.





4. Umum maklum, PGB dan pentadbir biasanya rapat dengan pegawai PPD dan JPN. Kawan-kawan mereka kan. Jadi tidak mustahil pegawai aduan PPD atau JPN yang bocorkan maklumat pada PGB/pentadbir jika ada aduan tentang PGB/pentadbir oleh guru bawahan. 


5. Yang jadi mangsa adalah guru bawahan ni, kena palau, kena sindir dalam meeting, kena bebankan tugasan, kena boikot, markah LNPT diturunkan, dicari salah sekecil apa pun untuk dikenakan tindakan. Dendam kerana pengadu buat aduan. Itulah yang banyak berlaku bila aduan dibuat.


6. Saya bertanya pada Tuan Ahmad Faiz apa solusi perkara ini. Tuan Ahmad Faiz bagi satu solusi penting yang perlu kita semua tahu jika nak buat aduan.


a) Boleh guna nama samaran, no ic samaran dan no phone samaran semasa buat aduan.


b) Paling penting, emel tu kena verified. Bukan spam. Makna kata, boleh buat emel baharu yang orang tak tau itu emel kita. Namun emel tu kena aktif, bila mereka emel kita respon. Bukan diam tak reply apa.


c) Part emel ni penting ya. Ambil maklum belaka tau.


d) Aduan akan tetap dilayan, disiasat, dan diberi maklum balas selagimana aduan tersebut menepati prinsip 5w1h. Senang cerita, maklumat kita sampai tentang aduan itu lengkap, boleh difahami, lokasi kat mana, bila berlaku, tentang siapa kita buat aduan.





7. Jadi kawan-kawan yang sebelum ini takut nak buat aduan, takut maklumat terdedah hingga kita pula jadi mangsa, guna kaedah yang saya sebut di atas ya.


8. Terima kasih kepada Tuan Ahmad Faiz yang melayani aduan saya dengan professional, berhemah dan santun budi bicara.


9. Saya sangat berpuas hati dengan jawapan dan penerangan dari Tuan Ahmad Faiz ini. Kalau ada ruangan 'rate' untuk perkhidmatan beliau, saya bagi full star.


10. Jadi kawan-kawan. Inilah dia caranya ya. Harap membantu mereka yang nak sangat buat aduan tapi risau maklumat kalian bocor.


#MFS


Perkongsian Mohd Fadli Salleh, 26 Ogos 2024

https://www.facebook.com/share/p/QHzSuR7bmtwdA9tA/

No comments:

Post a Comment