AdSense

Wednesday, April 29, 2015

Putar belit pembangkang pasal PGBF, INI PENJELASANNYA! #FELDA


Menjelang hari pembuangan undi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin pada 5 Mei ini, puak-puak pembangkang tidak putus-putus menyuntik racun kepada pengundi berkaitan FELDA.

Terbaharu, mengenai isu kos dan harga projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang diputarbelit oleh pembangkang.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa PGBF Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid, PGBF ini sebenarnya akan menjadi aset hartanah kepada generasi baharu FELDA.

Sebanyak lebih 300 buah rumah telah dibina untuk belia di FELDA Selendang 1.

Mengikut kajian yang dijalankan, sebilangan besar anak peneroka tidak boleh membuat pimjaman daripada bank kerana ketiadaan slip gaji. Sebab itu FELDA mewujudkan konsep 'sewa dan beli' bagi tempoh selama 5 tahun.

Selepas pada 5 tahun itu, baharulah belia FELDA ini akan membeli aset ini untuk masa hadapan mereka.

Tegas Ehsanuddin, FELDA langsung tidak berhasrat untuk mengaut keuntungan daripada pembinaan rumah tersebut. Hakikatnya, ia memberi manfaat kepada belia FELDA untuk memiliki kediaman mereka sendiri.

Sementara saiz rumah pula sudah cukup selesa dan besar, iaitu 1,000 kaki persegi. Bagi tempoh masa panjang, belia FELDA tidak perlu untuk mengeluarkan duit untuk memperbesarkan kediaman mereka.

Pembangkang cuba menyuntik rasa benci kepada FELDA dengan mempersoalkan harga rumah tersebut yang bernilai RM120 ribu.

Jelas Ehsanuddin, harga berkenaan sudah dilengkapi dengan segala prasarana seperti pencawang elektrik, jalan tar, paip air dan sebagainya. Sekaligus menjadikan ia sebagai sebuah kediaman yang selesa.


Ia juga merupakan harga kos dan ianya akan ditolak dengan bayaran sewa bulanan.

Lebih menarik, sama seperti mana-mana hartanah, harga sesuatu aset terutamanya rumah akan terus meningkat dalam masa 5 tahun. Keuntungan ini pastinya akan dinikmati pemilik rumah ini.

Kadar sewa bulanan pula mengikut 3 kategori. RM300, RM400 dan RM500. Pada awalnya bank meminta harga tetap RM500 dikenakan kepada penyewa namun setelah berbincang bersama

FELDA, maka mereka bersetuju untuk menyediakan 3 kategori ini. Lantas itu,belia FELDA boleh membuat pilihan mereka sendiri

Mengikut perancangan, FELDA akan membina sebanyak 20 ribu buah rumah namun ia akan dijalankan berperingkat-peringkat. Jelas disini menunjukkan bahawa permintaan yang cukup tinggi daripada masyarakat FELDA.

Hanya FELDA sahaja yang prihatin dan mampu membawa pembangunan kepada masyarakat. Sikap kebertanggungjawaban FELDA ini terus diterapkan sejak sekian lama tanpa dapat dinafikan.

Allahyarham Tun Abdul Razak dan FELDA tidak dapat dipisahkan. Kini ia dikemudi oleh anaknya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak


Mana-mana peneroka yang bersama-sama FELDA sejak mula ditubuhkan dahulu pasti berasa bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang dibawa FELDA untuk masyarakat FELDA itu sendiri. Bukan sahaja peneroka generasi pertama, anak-anak mereka juga terus dibela oleh FELDA!

Sehubungan itu, sebarkan fakta ini kepada orang-orang tua kita di gugusan. Beritahu juga kepada anak-anak peneroka dan rakan-rakan kita. Elakkan diri daripada terpedaya dengan suntikan racun pembangkang menjelang tempoh berkempen ini!

Tiada apa yang mampu pembangkang lakukan melainkan auta auta dan auta.

Undilah Barisan Nasional

No comments:

Post a Comment