AdSense

Tuesday, January 3, 2023

Siapa Imraz Ikhbal? Daripada 33 juta rakyat Malaysia, kenapa voicenote dia sorang sampai cepat ke handphone Anwar?


Namanya sering diperkatakan sejak sehari dua ini, sebab voicenote beliau tersebar secara meluas di Whatsapp.


Isunya, beliau 'memperjuangkan' nasib 'peniaga' limau mandarin.


'Kisah' dia:


Masa tu dia nak beli limau, tapi harga mahal. So dia minta kurang. Tapi penjual tak bagi, sebab katanya tak mampu kasi diskaun sebab dah kena 'pau' oleh penguatkuasa, seribu.


Dia pun terus melantun (voicenote), attack penguatkuasa, taruh harapan pada kerajaan baru Anwar.


(Masa dia sebut nama Anwar, aku dah terbau sesuatu).


Kemudian, tular pula voicenote kedua.


Kali ni dia kata dah jumpa bos DBKL. Siap kata voicenote pertama dia tu dah sampai ke handphone Anwar. Dahsyat woo, daripada 33 juta rakyat Malaysia, voicenote dia cepat sampai ke handphone Anwar. 


Katanya isu selesai bila bos DBKL bersama bos bahagian integriti turut berjumpa dia. Akan jumpa peniaga berkenaan untuk dapatkan perincian.


Baguslah, kita memang wajib hapuskan rasuah ni. Tak kira siapa pelakunya, orang awam atau pun penjawat awam dan badan beruniform. Salah tetap salah. Aku sangat setuju kita semua rakyat Malaysia wajib main peranan, lapor segera jika ada nampak atau tahu kewujudan kes rasuah di sekeliling.


Cuma bagi aku voicenote Imraz Ikhbal ni, sekadar propaganda murahan kumpulan pentaksub Anwar / DAP. 


Yelah, nak tunggu harga barang turun entah bila, minyak 1.50 seliter lamberttt lagi... Hapus tol? Hapus hutang PTPTN? Dalam mimpi je lah. So nampaknya kenalah create something untuk tunjukkan betapa suci murni dan hebatnya Anwar dan PH.


Kalau betul serius banteras rasuah, tak perlu guna strategi macam ni. Lebih baik kau suruh Anwar buat sidang media hari-hari, umum berapa jumlah tangkapan dibuat, tunjukkan muka perasuah di kalangan penjawat awam. 


Simple dan lebih berkesan banteras rasuah. Supaya dapat beri pengajaran kepada mereka yang lain.


Tangkap, dakwa di mahkamah, lucutkan kedudukan mereka, senarai hitam mereka selama-lamanya daripada masuk bekerja dalam sektor awam, jika benar dan terbukti mereka bersalah dalam kes rasuah.


Kita nak result, bukan propaganda jilat pm.


(Jangan lupa kes rasuah terowong bawah laut bernilai lebih 6bilion, pecah amanah duit parti sayap pemuda 1 juta, salahguna kuasa badan kehakiman, dakwaan buku Tommy dan lain-lain kes babitkan pemimpin PH)


*Gambar sekadar hiasan


Link pasal isu ni;

https://focusmalaysia.my/bravo-imraz-ikhbal-for-foiling-dbkl-officers-who-bully-mandarin-orange-traders-for-money/


Sejarah yang susah betul nak dipadam. Harap sangat berita ni dipadamkan suatu hari nanti:


Anwar dipenjara 6 tahun


Mahkamah Tinggi di sini hari ini (15 April 1999) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap kesalahan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan amalan rasuah yang dilakukannya pada 1997.


https://www.klik.com.my/item/story/1954579/anwar-dipenjara-6-tahun-hl-


*Kalau ada sesiapa (pm ketika itu, peguam negara, hakim dan lain-lain) yang didapati sengaja fitnah atau buat pendakwaan salah terhadap Anwar sehingga beliau meringkuk dalam penjara bertahun-tahun selama ini, heret mereka ke muka pengadilan. Kita tidak mahu imej Anwar tercalar!

1 comment: