Assalamualaikum. Fikirkan beberapa perkara ini:
1. Kelab malam yang tertutup pun, tetap orang kita berkunjung. Apa tindakan kita?
2. Kedai nombor ekor pun sama.
3. Rumah urut juga sama. Berlambak di seluruh negara. Bagaimana kita halang dan lindungi orang kita daripada terjerumus ke lembah maksiat?
4. Kamu yang kritik tu pun, selamba sedut rokok yang telah difatwa haram. Sedut dan hembus asap dalam rumah lagi!
Ini yang sedang berlaku dalam persekitaran kita, sejak sekian lama. Berbanding festival air di Bukit Bintang yang berlangsung 3 hari.
5. Acara ini dirancang lama. Kenapa selepas perasmian dan persiapan telah siap dibuat, baru nak bantah?
Festival Muzik Air Rain Rave acara pelancongan, dianjur secara tersusun, pemantauan ketat - Tiong
6. Acara ini dibuat di Bukit Bintang. Bukannya Kampung Baru. Tempat ini memang tumpuan pelancong asing. Jika tempat ini dikatakan tempat maksiat, jauhilah daripadanya. Sama macam kelab malam tertutup, kedai nombor ekor dan kedai jual rokok.
7. Kenapa hanya kritik Menteri MOTAC? Acara ini libatkan ramai pihak. Kenapa tak minta Menteri DAP kesayangan yang portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan tu hentikan acara ini dari mula?
Cukup 7 dulu.
No comments:
Post a Comment