AdSense

Monday, January 9, 2023

Nasib seorang pengasas PKR, selepas Presidennya jadi Perdana Menteri...


 


"Imej Tian ini menjadi imej klasik Gerakan Reformasi. Imej Tian ini sama seperti imej Tunku mengacung genggaman tangan ke udara pada 31 Ogos 1957. Dua-dua imej ini adalah rakaman sejarah tanah air kita."



- Tukar Tiub -

http://tukartiub.blogspot.com/2022/11/tian-chua-dan-reformasi.html


Chua Tian Chang mula menjadi tumpuan ramai pada tahun 1999 semasa gambar-gambar menunjukkan beliau duduk di depan sebuah lori meriam air polis diterbit dalam media dunia semasa pergerakan Reformasi di Malaysia yang disebabkan oleh perlucutan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.


Antara 27 dan 30 September 1999, Tian Chua dan enam aktivis yang lain, termasuk pemimpin Keadilan — Ketua Belia Mohd Ezam Mohd Nor, Mohd Azmin Ali, dan Dr Badrul Amin Baharun — ditangkap dan akibat itu, dilarang bertanding dalam pilihan raya 1999 [2]. Penangkapan lanjut dilakukan pada 10 April 2001 dan mereka yang ditangkap kemudian dituduh dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri [3]. Mereka kemudian dikenali sebagai Reformasi 10. [4]


Chua Tian Chang pernah ditahan selama 2 tahun di bawah ISA dan juga beberapa kali ditahan ke dalam lokap polis atas pelbagai alasan sejak tahun 1996.


Beliau mengusahakan pusat perkhidmatan Parti Keadilan Rakyat di pusat Sentul sejak pembukaannya pada tahun 2004.


- wikipedia -


No comments:

Post a Comment