Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa DAP yang tidak bermuka muka dalam setiakawan merupakan antara punca UMNO menyertai kerajaan campuran ketika ini. Beliau menyatakan perkara tersebut ketika merasmikan sayap parti UMNO di Pusat Dagangan Dunia semalam.
Menurut beliau lagi, pilihan untuk bekerjasama dengan PH menjadikan UMNO parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan. Tegas Ahli Parlimen Rembau itu, UMNO pada ketika ini adalah rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan, bukan parti komponen PH.
Walaupun sudah puluhan tahun UMNO bersengketa dengan DAP, namun sokongan orang Melayu semakin terhakis terhadap UMNO, justeru dengan menyertai kerajaan ini mungkin UMNO akan dapat menawan kembali hati penggundi orang Melayu.
Walaupun beliau bersetuju dengan cadangan supaya 2 jawatan teratas parti itu tidak ditandingkan namun katanya sudah tiba masanya agenda Melayu UMNO disemak, direkayasa, diberikan lonjakan baharu, dan ditambah nilai.
Sumber asal : KL Broadcast Media
ARTIKEL BERKAITAN:
Kerajaan PH didalangi parti cauvinis DAP. DAP penghasut masyarakat berbilang kaum untuk saling benci membenci.
UMNO Tidak Akan Bekerja Sama Dengan DAP - Tok Mat
Mohd.Hassan talam 2 muka
ReplyDeleteNice post thank you Chris
ReplyDelete