AdSense

Wednesday, December 28, 2022

Zahid disaran masuk DAP

 



Kenapa Zahid dilihat seperti terlalu mengagungkan DAP dan bangga dengan 6 jawatan menteri UMNO?


Rasanya tak perlu Presiden UMNO Zahid Hamidi terlalu membela dan mengagungkan DAP. Tak perlu juga Zahid bangga dengan 6 jawatan Menteri kepada pemimpin UMNO. Zahid, sila betulkan kenyataan, 6 menteri UMNO totok Zahid, bukan BN.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/28/dr-m-tanam-doktrin-benci-dap-dalam-umno-kata-zahid/


Kenyataan Zahid ni menampakkan beliau seorang yang angkuh, sombong dan tidak sedar diri, bila mana parti pimpinannya kalah teruk dalam sejarah dengan hanya menang 30 kerusi daripada 222 kerusi dipertandingkan. 


Dalam sejarah UMNO-BN, PRU15 adalah yang paling buruk dan hina. Fakta yang tidak boleh diubah, kekalahan tersebut berlaku ketika parti dipimpin Zahid. Malah, Zahid sendiri menang tipis di kawasannya Bagan Datuk dengan hanya menang majoriti 348 undi.


Sedangkan calon-calon yang dikemukakan, ramai yang berwibawa. Tapi tewas dek kesilapan taktikal Zahid. Sampaikan pelapis UMNO yang tidak boleh dinafikan kewibaannya seperti KJ, dihumban ke kandang naga, kubu kuat PH. Ketua Pemuda UMNO yang juga totok Zahid turut tewas di Gerik, sedangkan itu kubu kuat UMNO! 


Tidakkah ini strategi bodoh Zahid? Banyak kerusi yang BN boleh menang, tewas disebabkan keangkuhan dan kesombongan Zahid yang sudah menunjukkan belang diktatornya.


Dan sekarang, dilihat sibuk membela DAP. Kenapa Zahid seolah-olah cuba melupakan sejarah 'tanah 999 tahun'? 'Melayu skrew Melayu'? 'Negara Taliban'? 'Isytihar per4ang ke atas bkn Islam'? 'Komik propaganda komun!s'? 'abu chin p3ng'? 'perarakan komun!s'? 'perarakan LG3T'? 


Kalau Zahid mahu rosakkan UMNO, hentikanlah. Kerana jutaan akar umbi dan penyokong UMNO-BN tidak akan membenarkannya.


Zahid mungkin boleh sekat pemimpin yang tidak sehaluan dengannya, Zahid boleh pecat mereka selagi pegang kuasa sebagai Presiden, tetapi parti keramat ini ada rohnya. 


Zahid boleh terus jil4t DAP sampai kering air liur, tetapi sejarah tak pernah lupa siapa itu DAP. Bukan kerana 'doktrin' Mahathir semata-mata, zaman itu telah lama berlalu, mungkin yang 'didoktrin' itu ahli UMNO zaman Zahid dalam Pemuda. Tetapi anak-anak muda UMNO-BN hari ini kenal siapa DAP, siapa dajjal, siapa firaun, tanpa perlu 'didoktrin' Mahathir pun.


Zahid boleh terus berpelukan dengan DAP, tetapi jangan bawa panji UMNO-BN. Buatlah seperti Mahathir, berpeluk dengan DAP selepas tinggalkan UMNO. 


Sempena tahun baharu 2023, azam baru, Zahid disaran masuk DAP.


No comments:

Post a Comment