AdSense

Sunday, May 3, 2015

MCA kerja keras sedarkan pengundi Cina #PRKPermatangPauh


Bukan senang mahu tewaskan 'gerakkerja' empayar keluarga Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
Keluarga ini kelihatan begitu hebat dan gah sejak berpuluh tahun menguasai kerusi Permatang Pauh (P44).

Namun, agenda mempertahankan kerusi untuk keluarga seorang individu sejak sekian lama tanpa sebarang perubahan? Pasti mengecewakan rakyat di kawasan 'Anugerah Tuhan' ini.


Setelah menempuh hari-hari berkempen, mendekati pengundi Cina terutamanya golongan muda, MCA mendapati para pengundi ini mula sedar bahawa tawaran-tawaran yang pernah dibuat oleh parti keluarga ini hanyalah indah khabar dari rupa, lebih teruk dan menyedihkan, rupa pun tidak ada!

"Dulu mereka gunakan slogan 'ini kalilah', namun tiada apa-apa perubahan di sini... apa yang mereka janjikan sebelum ini hanya janji kosong... tidak sampai kepada rakyat. Mereka (pengundi) terutamanya pengundi muda melahirkan rasa kecewa mereka."


Demikian kata Timbalan Presiden MCA Datuk Dr. Wee Ka Siong ketika turun padang bersama jentera parti dan calon BN Suhaimi Sabudin menemui pengundi Cina di Permatang Pauh pagi tadi.

Sejak sekian lama, rakyat terpengaruh dengan dinasti Anwar Ibrahim. Apalah salah sekiranya rakyat Permatang Pauh mencelikkan minda untuk beralih arah kepada pemerintahan Barisan Nasional.

Calon BN pada PRK Permatang Pauh ini juga bukan calang-calang orangnya... Muda, berpelajaran dan mampu mengubah nasib rakyat setelah diberikan mandat.

Sudah-sudahlah menyokong parti anak beranak Anwar Ibrahim secara semborono... Sejak sekian lama, tidak ada apa-apa perubahan pun yang dibawa.

Berilah peluang kepada calon BN Suhaimi Sabudin untuk menabur jasa dan membawa perubahan di Permatang Pauh!

No comments:

Post a Comment