AdSense

Monday, January 29, 2018

PRU14 : MCA dah lama buat kerja


Semalam berlaku kekecohan di Negeri Sembilan. Ingatkan kecoh sebab apa rupanya kerana berebutkan kawasan untuk bertanding dalam PRU14.

Jelas parti PPBM bukanlah parti yang 'Bersatu' sebaliknya parti kaki gaduh rebut jawatan. Sebelum ini berlaku kejadian kerusi terbang.


Parti PKR tidak kurang hebatnya. Bergaduh dalam pemilihan parti sampai bertumbuk keluar darah! Manakala DAP pula masih dibelengu dengan pemilihan parti yang disifatkan ahli sendiri sebagai tidak telus.

Pokok pangkal, tiada istilah kerjasama yang baik dalam Pakatan Harapan. Kenyataan Wan Azizah yang kata PH tiada harapan menang di Negeri Sembilan sebenarnya merujuk kepada Putrajaya. Pakatan Harapan tiada harapan untuk tawan Putrajaya!

Jauh berbeza dengan parti pemerintah, Barisan Nasional. Parti-parti dalam komponen BN sentiasa mengamalkan dasar toleransi dan pemuafakatan dalam segala perkara.

Menyentuh tentang kerusi atau calon PRU14, parti terbesar masyarakat Cina iaitu MCA umpamanya telah lama bersiap sedia. Senarai nama calon juga sudah lama disiapkan.


Kredibiliti calon diteliti dengan begitu ketat semata-mata mahu memastikan kerusi yang tewas pada PRU13 dapat dirampas semula. Sementara kerusi yang dimenangi BN akan terus dipertahankan dan menambah majoriti kemenangan.

Penulis pernah menyiarkan artikel berkaitan kesiapsiagaan MCA bertajuk 'MCA fokus PRU14' pada 24 Ogos 2016 lagi.

Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2016/08/mca-fokus-pru14.html

Bahkan, kesiapsiagaan jentera MCA ini mengundang perasaan gembira Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2017/12/persiapan-pru14-najib-tunjuk-isyarat.html

Jika pembaca masih ingat, pada penghujung tahun 2017 iaitu pada bulan Disember, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai ada memberitahu nama calon parti itu di kawasan Parlimen Seremban.

Kata Liow, calon MCA disitu ialah Ketua Pemuda parti yang juga Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon.


Pemimpin muda ini akan merampas semula kerusi yang dikuasai Anthony Loke mewakili DAP.

Chong Sin Woon ada melahirkan rasa terima kasih beliau kepada pucuk pimpinan MCA. Baginya suara rakyat Seremban sering dipinggirkan. Justeru, pengundi harus memberikan kepercayaan penuh kepadanya supaya suara masyarakat Seremban akan dibawa ke Parlimen. Inilah perjuangan sebenar seorang wakil rakyat. Bukannya seperti pemimpin DAP yang asyik bermain politik sepanjang masa hingga nasib masyarakat terabai.

Jelas ini bukan main-main. MCA benar-benar mahu menebus semula kekalahan lalu. Tambahan pula masyarakat Cina sudah ramai kembali kepada MCA. Pengundi Cina sudah muak dengan permainan politik pembangkang khususnya DAP yang terpalit dengan pelbagai masalah.

Draf sokongan rakyat kepada DAP semakin membimbangkan Guan Eng dan bapanya Kit Siang. Skandal dan masalah di Pulau Pinang tidak dapat disorok lagi. Banglo bawah harga pasaran, Taman Manggis, kilang haram Sg Lembu, Lorong Basikal dan terkini yang hangat diperkatakan ialah isu terowong dasar laut bernilai RM6.34 bilion!


Masalah DAP bukan setakat di Pulau Pinang bahkan ia merebak disegenap kawasan yang diterajui mereka.

DUN Yong Peng, Johor umpamanya, nasib rakyat dipinggirkan atau bahasa kasarnya, di tong sampahkan selepas mereka memberi mandat kepada DAP.

Sama macam kawasan Gelang Patah. Lepas menang pilihanraya, Kit Siang pun lesap. Bagai habis madu sepah dibuang.


Berbalik semula DUN Yong Peng, penulis difahamkan penduduk di sana khususnya masyarakat Cina tidak sabar menunggu hari pembuangan undi PRU14.

Mereka tak sabar untuk membalas dendam kepada DAP yang memperdaya mereka pada PRU13 lepas. Sejujurnya mereka mengakui memilih calon DAP semasa PRU13. Namun setelah mendapat mandat dan kuasa, pengundi diabaikan tanpa pembelaan.


Kata masyarakat di Yong Peng, mereka (DAP) hanya menjenguk kawasan apabila pilihanraya sudah dekat. Ada yang datang hanya beri kalendar parti dan menyebarkan politik kebencian. Tiada langsung memberikan sesuatu yang memberi manfaat kepada rakyat.

Bila minta bantuan, mereka (jentera DAP) tak beri. Alasannya sebab belum menang Putrajaya. Itu saja alasan mereka. Bila lihat kehidupan pemimpin DAP dan pakatan, bukan main lagi bertukar-tukar kereta mewah!

Justeru itu, ada satu nama yang disebut-sebut bagi merampas kerusi DUN Yong Peng. Beliau ialah Ah Soon, Ketua MCA Bahagian Ayer Hitam.


Sahabat blogger Harapan Esok dan Blusamurai yang turun padang ada menceritakan peristiwa sebenar di Yong Peng.

Pautan :
http://harapan-esok.blogspot.my/2018/01/pemimpin-dap-tak-boleh-pakaihanya-tahu.html
https://blusamurai.blogspot.my/2018/01/tiada-istilah-penat-dalam-menyantuni.html

Ternyata, setiap calon yang dinamakan MCA adalah calon yang cukup baik. Calon pasti menang.

Ah Soon bukan lagi individu asing di Yong Peng. Baik orang muda atau warga emas, Ah Soon begitu dikenali rapat. Kemesraan ini bukan tercipta sehari dua sebaliknya sudah lama. Ah Soon dan MCA sentiasa menjadi rujukan dan tempat mengadu masyarakat setempat. YB DAP yang sepatutnya membela nasib rakyat terus dengan sikap angkuh dan egonya. Beliau hanya seronok bermain politik di peringkat nasional. Pengundi yang memberikan undi kepadanya terkontang-kanting!

#UndiBN
#StrongerTogether












No comments:

Post a Comment