AdSense

Monday, January 29, 2018

Kita BN perjuangkan suara rakyat secara menyeluruh. Bukan macam Pakatan.


Manifesto Barisan Nasional akan lebih dinamik, sensitif dan responsif. Maksudnya, ia bukan lagi diambil dari sudut mikro atau nasional saja.

Sebaliknya turut menyentuh dan mengambil kira suara rakyat secara terperinci seperti aspirasi rakyat Kelantan, Pahang, Johor dan lain-lain.


Demikian jelas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini.

Bagi penulis, manifesto BN ini nanti pasti meresahkan pimpinan Pakatan Harapan yang sedang sibuk bermain politik dan berdepan konflik dalaman parti serta segala jenis skandal urustadbir negeri.

Mungkin bagi penyokong PH, calon Perdana Menteri mereka Tun Mahathir lebih pandai membuat manifesto. Iyalah, 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Manifesto PH pasti lagi gempak.

Sebentar. Jangan cepat sangat berasa selesa. Kita perlu sedar dan melihat sejarah yang tidak boleh dipadam.

Hayati kembali kenapa Presiden PAN Mat Sabu pernah menggelarkan Mahathir sebagai Mahafiraun. Kenapa Mat Sabu gelar Mahathir Bapa Perompak.

Kenapa Penasihat DAP Lim Kit Siang membuat buku berhubung isu kehilangan wang negara RM30 bilion dalam skandal forex. Kenapa Kit Siang beriya berucap tentang isu forex dalam Dewan Rakyat.

Kenapa Reformis atau gerakan Anwar Ibrahim wujud? Bagaimana perjalanan politik Anwar ketika era pemerintahan Mahathir?

Bagaimana berlakunya tragedi Memali? Berapa ramai pemimpin politik yang dihumban ke dalam penjara tanpa bicara?

Lebih dahsyat, sejarah negara ketika krisis perlembagaan. Kuasa raja-raja dihadkan.

Sebenarnya banyak lagi peristiwa pahit berlaku ketika era pemerintahan Mahathir yang juga digelar Diktator.

Kenapa mahu kembali ke belakang walhal hari ini sudah baik.

Malaysia sejak dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri berjaya memacu negara pada landasan yang betul.

Kewujudan Transformasi Nasional 2050 (TN50) umpamanya benar-benar mencerminkan hala tuju negara ke arah kejayaan. Najib bukan seperti Mahathir yang suka memberi arahan kepada rakyat.

Sebaliknya TN50 adalah suara rakyat sebenar. Rakyat sendiri yang menentukan hala tuju negara sementara kerajaan sebagai pelaksana. Zaman Najib, rakyat adalah bos dan kerajaan sebagai pekerja.

Ini bukan lagi pasal kroni dan keluarga. Rakyat sudah bosan dengan kroni, monopoli dan kuku besi. Malaysia ini bukan kepunyaan Mahathir seorang. Malaysia ini bukan satu syarikat keluarga yang boleh dipindah milik kepada anak sendiri sesuka hati!

Malaysia yang berdaulat, didiami masyarakat berbilang bangsa dan majoriti Bumiputera ini tidak sesuai mengamalkan ajaran sekular DAP Malaysian Malaysia.

Malaysia ini bukan hanya untuk kepentingan individu bernama Anwar.

Justeru itu, Barisan Nasional yang diketuai UMNO adalah pilihan tepat rakyat untuk terus mengemudi negara.

Dibawah BN, semua kaum dapat dibela dengan baik. Paling utama, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

#TolakPakatan #PRU14 #PakatanProDAP #UndiBN #BetterNation 

No comments:

Post a Comment