Sedia maklum, puak pembangkang Pakatan Pro DAP tak ada modal untuk menyerang parti serta pemimpin UMNO.
Maka mereka terpaksa menggunakan isu kitar semula dan penyebaran fitnah yang sensasi bagi meraih perhatian.
Satu akaun Instagram menggunakan nama Penghasut Rakyat bercita-cita untuk menggantikan kerja organisasi syaitan. Namun versi 'syaitan nyata'.
Mangsa fitnah mereka kali ini ialah Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Barangkali mereka terkesan dengan siri Jelajah Perjuangan For All dan diskusi 'Anda Tanya Kita Jawab' yang telah / sedang dijalankan.
Bukan saja jelajah ke pelusuk negara tetapi juga secara atas talian. Fakta yang dihidangkan Annuar bersama Penerangan UMNO Malaysia ternyata membuka mata masyarakat sekaligus menolak persepsi serta fitnah puak Pakatan Pro DAP.
Untuk makluman, Ahli Parlimen pembangkang sudahpun dicabar supaya mengulangi tuduhan tersebut di luar Dewan Rakyat. Bahkan Annuar juga dengan cool nya menyarankan pembangkang membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.
Tak cukup dengan itu, Annuar secara berlapang dada bersedia untuk diheret ke mahkamah!
Namun, sebaliknya pula berlaku. Puak pembangkang hanya berani menuduh tetapi tidak berani tampil bertindak. Jika benar tuduhan itu, heretlah Annuar ke muka pengadilan!
Kini, kerja-kerja pemimpin pembangkang digalas pula tentera upahan mereka. Mereka hanya berani membuat tuduhan dan fitnah. Mereka sedar dan tahu bahawa ia adalah fitnah, sebab itu tidak berani bertindak menggunakan saluran perundangan.
"Semoga Penghasut Rakyat tukar nama kepada Pencinta Fakta," tulis Annuar ketika menjawab tuduhan fitnah terhadap dirinya dalam posting fitnah Penghasut Rakyat.
Di sini, Suara Lensa naikkan semula apa yang pernah dikatakan Annuar sehingga Ahli Parlimen pembangkang terdiam.
"Saya boleh aturkan sidang akhbar untuk YB Sepang ulang apa yang dikatakan itu di luar Parlimen.
"YB Sepang sebut Ketereh, saya, telah menabalkan raja di bawah pokok ketapang. Jika benar, ia satu kesalahan berat. Saya redha diheret ke mahkamah. Kalau betul YB Ketereh ini buat, YB Sepang bertanggungjawab untuk buat aduan polis.
"Saya hanya mahu betulkan rekod dan memberi peluang kepada YB Sepang. Saya tak minta ia tarik. Repeat (ulang tuduhan ini) diluar. Baru YB benar-benar seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab."
Tapi lagi best kalau pembaca tonton video ni dan dengar sendiri ucapan balas Annuar yang begitu 'cool'.
*MP pembangkang pula yang macam cacing kepanasan. Kahkahkah
No comments:
Post a Comment