Semuanya hendak di viral kan... Semata-mata mahu menunjukkan betapa lemahnya kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional.
Baru-baru ni kecoh pasal tak cukup buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) hingga menyebabkan lebih 6,000 calon institut pemandu di 20 buah sekolah memandu di Selangor tak dapat menduduki ujian pemanduan. Ada yang beranggapan negara sudah hendak bankrap sampai buku pun tak ada!
Setelah diamati rupa-rupanya sebab ramai sangat calon yang mengambil ujian tersebut. Iyalah sekarang kan musim cuti persekolahan. Sebab itu ramai dalam kalangan mereka tidak mahu melepaskan peluang yang ada.
Ahad lepas, Kementerian Pengangkutan ada mengeluarkan kenyataan bahawa pihak sedang menyiasat secara terperinci perkara berkenaan.
Kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Presiden MCA, beliau telahpun mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya menyiasat seterus menyelesaikan isu berkenaan dengan segera.
Dalam masa sama, Liow juga memberitahu bahawa pihak JPJ kini sedang membangunkan e-manual KPP bagi mengatasi isu kekurangan buku tersebut pada masa akan datang.
Inilah yang sewajarnya diraikan. Apa yang kurang kita tambahbaik dan tidak mudah melatah. Setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.
Syabas dan tahniah buat pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ yang pantas dan proaktif dalam berdepan permasalahan membabitkan agensi mereka.
No comments:
Post a Comment