AdSense

Thursday, December 14, 2017

Wee Ka Siong dan rombongan Malaysia selamba masuk Ibupejabat Alibaba di China!


Siapa sangka syarikat jualan online terbesar di dunia Alibaba sudah menjadi rakan baik kita. Pastinya ia memberi berita gembira buat ramai peniaga online dalam negara.


Puak Pakatan Pro DAP hanya boleh tuduh bahawa Malaysia sudah dibeli China, parti komunis dan seumpamanya. Dalam masa sama mereka gagal menjawab tuduhan sama dilemparkan terhadap pertemuan antara pemimpin mereka dengan China.

Lawatan Azmin ke China bukti pembangkang hipokrit. Sumber BH Online. KLIK DI SINI

Rakyat yang bijak maklum bahawa kerjasama ini hanyalah untuk membangunkan ekonomi negara tambahan pula dengan wujudnya Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) .

Pemimpin Barisan Nasional juga tahu mempertahankan serta memelihara kedaulatan negara. Penulis antara orang terawal akan mengecam pemimpin kerajaan sekiranya Malaysia hendak digadai kepada mana-mana pihak luar.

Sebaliknya apa yang berlaku, kerajaan sedia ada ini cukup kehadapan dalam membangunkan negara. Sebab itu Jack Ma dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital.

Awal bulan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA pergi berkunjung ke Ibupejabat Alibaba di Hangzhou, China selepas menghadiri '4th World Internet Conference'.


Kedua-dua pihak berbincang mengenai DFTZ, pelaburan semasa termasuk perkara-perkara yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Untuk makluman, DFTZ merupakan suatu inisiatif bertujuan memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan.

DFTZ merupakan persedian untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan.

Dalam kunjungan Wee Ka Siong, beliau melahirkan rasa teruja apabila diterangkan tentang bagaimana kelangsungan inisiatif terbaharu mereka iaitu aplikasi Alibaba Lingshoutong - yang menghubungkan 6 juta kedai ke dalam internet dan 'mengubah' 100,000 rangkaian kedai kepada 'kedai pintar'

Tambah Wee Ka Siong, Malaysia mempunyai banyak perkara untuk diteroka. Manakala perlantikkan Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia juga membolehkan negara dan rakyat mencapai cita-cita untuk sama-sama menguasai ekonomi dunia!

No comments:

Post a Comment