Perhimpunan Agung UMNO tahun 2017 baharu saja melabuhkan tirai penangguhannya pada Sabtu lepas, 9 Disember 2017.
Pulanglah para ahli dan pemimpin parti ke kawasan masing-masing di seluruh negara.
Berbagai ragam dan peristiwa dapat dilihat pada perhimpunan parti terbesar orang Melayu ini.
Secara umumnya, PAU kali ini memang lain daripada tahun-tahun sebelumnya. Tidak hairanlah Presiden mengatakankan bahawa PAU2017 adalah yang terbaik.
Penulis berkesempatan hadir ke PWTC sejak bermulanya PAU2017 berlangsung.
Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, para ahli dan pemimpin parti sudah cukup matang dan bersedia menghadapi PRU14.
Tidak dinafikan juga ada terdengar soseh soseh membincangkan tentang pemilihan parti. Si polan kempen untuk si polan dan seumpamanya.
Tapi ia hanyalah satu kisah kecil di sudut terpencil.
PAU2017 kali ini banyak memperkatakan tentang kekuatan parti dan strategi mempertahankan kerusi serta merampas semula negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Sebelum menyentuh tentang kekuatan parti dan jentera, penulis terpanggil untuk mengupas tentang kemesraan dan keakraban para ahli serta pemimpin parti bagai sebuah keluarga besar.
Penulis masih terbayang-bayang suasana ceria para perwakilan sayap Wanita yang ketawa apabila Ketuanya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil 'mengecam' Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Sikit saja halnya, bukan perkara besar. Annuar hanya menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO itu dengan memakai baju T-Shirt berwarna biru. Bukan merah.
"Berani dia datang perhimpunan Wanita tak pakai baju warna merah. Pakai baju warna biru, nak kena denda ketuk ketampi ni,"
Demikian seloroh Shahrizat ketika memberi ucapan dasar Wanita UMNO pada 6 Disember 2017.
Annuar kelihatan tersenyum saja bila kena 'bahan' dengan Shahrizat. Nampak cukup rapat sekali pemimpin parti ini.
Melihat apa yang berlaku, maka benarlah kata Annuar sebelum ini bahawa pemimpin dan jentera parti sudah bersedia untuk PRU14. Mana mungkin sebuah parti mampu berdepan pilihanraya jika masing-masing bergaduh sesama sendiri seperti yang berlaku dalam kem pembangkang.
Tambahan pula tiada lagi kedengaran 'suara-suara' sumbang mempersoal kredibiliti presiden sepertimana yang berlaku beberapa PAU lepas.
Ternyata ahli dan pemimpin parti kini bersatu padu bersama presiden sekaligus menguatkan institusi presiden dalam UMNO.
Jentera sudah bersedia! Benar-benar bersedia!
Selain perpaduan menerusi slogan 'Melayu bersatu', jentera juga sudah bersedia untuk berperang di media sosial. Berbekalkan peluru fakta maka sudah tentu ia berupaya melawan persepsi fitnah pembangkang.
Ini dinyatakan sendiri oleh Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO pada 7 Disember 2017 dalam Program Bual Bicara Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) bertajuk: " PRU14: Betulkah UMNO di persimpangan?"
Kata Annuar, UMNO berikrar menguasai media baharu dalam usaha mengembalikan keyakinan, penyatuan ummah Melayu tanpa meminggirkan sesiapa dari mana-mana kaum serta menangkis persepsi negatif atau fitnah yang semakin menjadi-jadi hasil kerja puak Pakatan Pro DAP.
Setelah melakukan post mortem, didapati ada tiga faktor kenapa UMNO dan Barisan Nasional terlepas kubu kuat mereka.
Pertama adalah perang persepsi di media sosial dan kedua, perebutan calon dipilih pucuk pimpinan tidak diberi sokongan.
Ketiga, orang Cina bersatu tanpa mengira parti menyokong pembangkang dan orang Melayu pilih untuk berpecah belah.
Inilah perkara yang membuatkan Bumiputera rugi kerana kekuatan politik terbahagi.
"Untuk hadapi pilihan raya akan datang, kita kena kuasai media baharu tangani persepsi, langkah penyatuan ummah dari sudut politik tanpa meminggirkan sesiapa dan pastikan kesilapan lalu tidak berulang. Kalau itu dapat dilakukan, Insya Allah, kita akan muncul lebih kuat."
Kenyataan ini tiada siapa dapat sangkal. Jika melihat pada penyebaran di media sosial hanya banyak persepsi dan fitnah saja. Jika tidak ditangani dengan baik, ia berupaya meracuni serta memperdayakan masyarakat.
Macam fitnah 40ribu pengundi bangla, cincin 24juta, dan lain-lain fitnah. Ini semua agenda cauvinist untuk menghancurkan politik orang Melayu dan Islam. Sebab itu mereka tidak kisah membuat fitnah. Dosa pahala mereka tidak hiraukan. Sedikitpun tidak.
Apakah kita mahu lihat saja puak cauvinist menggelar pemimpin Melayu sebagai hitam legam? Pu#$mak? Tuduh orang tidak bersalah sebagai perompak, penyamun? Mempermainkan Islam? Menghina bangsa Melayu? Menghalau Melayu secara halus? Label orang yang tidak menyebelahi mereka sebagai binatang dengan istilah pemakan dedak termasuk penerima BR1M yang majoriti orang tua dan orang susah?
Sedarlah bahawa hanya UMNO sahaja parti yang memperjuang Agama, Bangsa dan Tanahair.
Memetik tulisan Dr Nasrudin Mohammed dalam kolum rencana di BH Online :
"IDEALISME UMNO adalah mengenai pengorbanan, kesetiaan (walak), disiplin, kesabaran, ukhuwah, patriotisme, teliti dan yakin (tabayyun), berimbang dan bersederhana (wasatiyyah), solidariti dan berkelangsungan (istiqamah) yang diolah melalui pendekatan memujuk dan mempersatu dalam kerangka Maqasid Syariah berpandukan hieraki dharuriyyat (keperluan asasi) hajiyat (keperluan manusia untuk kelapangan) dan tahsiniyat (keperluan untuk memperlengkap).
"Itulah jiwa dan roh UMNO seperti yang dinukil Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung mulai 5 Disember hingga Sabtu lalu yang membabitkan penyertaan lebih 5,000 perwakilan (termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri) dengan 826 usul yang diangkat antara 191 bahagian.
"Budaya politik alam Melayu ditunjangi tradisi, kepemimpinan, agama, etnik dan sentimen yang berpengaruh. Suka atau tidak, Melayu dan UMNO adalah sinonim dengan 'Islam' meski tiada tempelan label 'Islam' pada namanya. Sebarang usaha memusnahkan UMNO sepahit ertinya dengan cubaan memusnahkan Islam."
Justeru itu ayuh kita bersama-sama melawan puak Pakatan Pro DAP dan memastikan UMNO kekal mentadbir negara tercinta ini!
#PAU2017
#UMNO
#PRU14
No comments:
Post a Comment