AdSense

Wednesday, December 6, 2017

Perlekeh kaji selidik SPAD : Tulisan ini boleh buat MP Kapar (PKR) malu sendiri


Hari ini 6 Disember 2017, Ahli Parlimen Kapar (PKR) Manivannan Gowindasamy menulis dalam satu ruangan dalam lidah rasmi pembangkang Malaysiakini bertajuk 'Sukarnya nak percaya kaji selidik SPAD'.


"Saya terpanggil untuk memberi maklum balas berhubung kaji selidik bebas yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) yang menunjukkan 84 peratus responden berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar.

"Difahamkan purata harian penumpang di semua laluan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2017 menyaksikan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada 570,021 kepada 638,605 penumpang pengangkutan awam.

"Bagaimanapun, mengambil kira tempoh dua tahun kebelakangan ini, sukar untuk kita mempercayai kaji selidik Spad itu.

"Hal ini adalah kerana setiap hari banyak pengguna pengangkutan awam masih merungut ekoran pelbagai masalah yang dihadapi berkenaan dengan masa perjalanan dan masalah teknikal.

"Ini dapat dibuktikan dengan beribu aduan yang telah dibuat oleh pengguna terhadap Spad berhubung pengangkutan awam terutamanya untuk perkhidmatan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM)."

Hanya kerana itu beliau cuba memperlekehkan sistem pengangkutan di negara yang kini semakin baik?

Sebenarnya Manivannan jauh 'tertinggal keretapi' atau baru bangun dari tidur. Menjelang pilihanraya maka beliau kenalah menonjolkan diri acah-acah hero rakyat barangkali....

Lupakah Manivannan, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah menulis status di Facebook pada 2 Februari 2017 mengarahkan pihak KTMB segera memperbaiki kelemahan mereka. Bukti pihak pemerintah bukanlah jenis berlagak suci, angkuh dan sombong seperti puak di sebelah sana (pembangkang).


Benar, terdapat beberapa masalah dalam KTM. Terdapat beberapa kejadian yang tidak dapat dielakkan seperti tren tergelincir yang berlaku pada 23 November baru-baru ini.

Secara tidak langsung ia menjejaskan masa perjalanan tren tambahan pula operasi mengalihkan tren tersebut memakan masa sehingga dilanjutkan kepada beberapa hari atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Apakah ini salah kerajaan? KTMB? SPAD?

Tidak... Kerajaan khususnya pihak SPAD sentiasa cakna dengan sistem pengangkutan awam. Terimalah kenyataan bahawa segala permasalahan dapat ditangani dengan cepat.

Rujuk artikel ini dan baca sendiri betapa proaktifnya pihak bertanggungjawab

Selain itu Manivannan juga seolah-olah cuba menunjukkan bahawa kerajaan membazirkan peruntukkan untuk projek menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Kelang (KVDT).

"Nampaknya, perkhidmatan komuter induk yang meliputi jajaran 150 kilometer di Lembah Klang dan membawa kira-kira 80, 000 penumpang setiap hari, masih mengalami pelbagai masalah.

"Lebih RM1 bilion dibelanjakan kerajaan bagi meningkat kualiti perkhidmatan Komuter melalui projek menaik taraf Landasan Berkembar Lembah Kelang (KVDT).

"Bagaimanapun, kebolehpercayaan orang awam terhadap perkhidmatan KTM Komuter masih di tahap yang rendah."

Walhal semua maklum bahawa ia sebenarnya satu proses. Bukannya hari ini peruntukkan diberi maka projek tersebut akan siap sekaligus memberi manfaat kepada penggunanya.

Projek KVDT ini telah bermula pada 2 November 2015 dan dijangka siap pada 1 November 2019. Apabila siap, KTMB juga akan meningkatkan kekerapan perkhidmatan dari 15 minit kepada 7.5 minit dan penumpang akan dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa.


“Walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana faktor cuaca dan teknikal, saya yakin projek KVDT ini akan siap mengikut jadual”. Petikan kata Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azharuddin Mat Sah bertarikh 24 Februari 2017. Rujuk di sini

Ketika ini kira-kira 100 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari. KTMB menyasarkan jumlah itu akan meningkat lima peratus pada setiap tahun dan akan terus meningkat sebaik projek ini siap.


Untuk makluman, Manivannan dan pemimpin pembangkang mungkin sengaja buat-buat lupa bahawa transformasi pengangkutan awam merupakan agenda utama di bawah Program Transformasi Nasional (NTP).

Pihak editorial Suara Lensa merasakan Manivannan rasa cukup terkesan dengan fakta kejayaan ketika penganjuran Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017 pada 23 Oktober lalu. Iyalah, setiap perkara manis untuk rakyat dan negara, ia menjadi peristiwa pahit dan mimpi ngeri buat pemimpin pembangkang.

Rujuk di sini

Mungkin juga Manivannan dan pemimpin pembangkang tidak dapat menerima realiti berhubung kejayaan evolusi pengangkutan awam di Malaysia. Rujuk video

Agak melucukan juga apabila Manivannan cuba menyelitkan kehebatan keretapi laju di Jepun dan membandingkannya dengan Malaysia. Lupakah Manivannan bahawa Najib sudahpun ke Jepun pada pertengahan Mei 2015 dan menaiki sendiri 'bullet train'?


Tahukah Manivannan mengenai Shinkansen? Nampaknya ilmu Manivannan sama saja dengan selebriti tak laku Fathia Latiff. Kata pengguna sosial media, Jangan 'Fathia' sangat. (Fathia digantikan dengan perkataan 'bodoh' oleh pengguna media sosial).

Suara Lensa yang bukan Ahli Parlimen ini ingin memberitahu kepada Manivannan bahawa Shinkansen diperkenalkan pada 1964 sementara perkhidmatannya pula meliputi 2,400 kilometer dan merentasi keseluruhan Jepun!

Manivannan langsung tidak menyentuh tentang Keretapi Laju KL - Singapura (HSR). Nampak sangat beliau terlalu takut untuk menceritakan peristiwa manis buat rakyat. Beliau sedar bahawa kejayaan itu akan membuatkan rakyat semakin kuat menyokong pemerintahan Najib dan Barisan Nasional.


Jadi buat Manivannan, sila buat homework dan penuhkan ilmu di dada sebelum memperlekeh orang lain. Jika tidak, anda sama saja level dengan selebriti yang bermasalah seperti Fathia. Harap anda jaga status sebagai seorang Ahli Parlimen. Jangan rendahkan kehormatan itu.

No comments:

Post a Comment