AdSense

Thursday, January 25, 2018

@cmguaneng pening. Gagal jawab Part 1, @weekasiongmp bagi pula video Part 2


Bertubi-tubi serangan dihalakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung skandal demi skandal.

Sebelum mendapat mandat, Guan Eng dan bapanya iaitu bos DAP Lim Kit Siang acap kali berceramah dengan menjadikan isu rasuah sebagai tajuk utama.


Parti lawannya, Barisan Nasional dilabel sebagai sebuah parti yang mengamalkan rasuah. 'BN Rasuah' ditanam ke dalam minda masyarakat dan pengundi.

CAT - Cekap, Akauntabiliti, Telus pula kononnya menjadi 'kiblat' pentadbiran DAP. Namun hakikatnya, Pulau Pinang semakin hari terpalit dengan pelbagai isu atau skandal.

Kata orang Cina, CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Patutlah liat sangat nak angkat tangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) saranan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) suatu masa dulu.


SKANDAL TEROWONG RM6.34 BILION

Merupakan isu yang hangat diperkatakan bukan saja di negeri Pulau Pinang bahkan rakyat di seluruh negara. Sampaikan penulis tergelak kecil apabila mendengar perbualan ketika menaiki bas ekspres.

"Hah! Standby! Kita nak masuk terowong mutiara ni, terowong DAP RM6bilion, kertas kerja saja sudah ratusan juta." kata seorang pemuda kepada rakannya ketika bas menyusuri Terowong Menora, Ipoh.

Rakyat kelihatan semakin cerdik. Rakyat sudah dapat menilai mana batu mana permata, mana berita mana reka cerita, mana fakta mana auta.


Lebih-lebih lagi Barisan Nasional termasuk parti MCA bersungguh-sungguh menyebarkan fakta semata-mata mahu memastikan rakyat tidak terpedaya lagi dengan helah parti pembangkang.

Misalnya, penyebaran video Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong ini :


PLEASE EXPLAIN CM LIM GUAN ENG, WHAT SAY YOU?

No comments:

Post a Comment