AdSense

Thursday, January 25, 2018

Alang-alang seluk pekasam. Baik naikkan GST sampai 20 peratus macam negara lain!


Kalau aku jadi gomen, boleh saja aku naikkan ke 7% ke 8% ke 10% ke 20% ke....

Alang-alang orang sudah marah kononnya, baik aku up lagi cukai.

Kutipan RM44 bilion tu boleh saja aku umum RM30 bilion ke RM40 bilion ke... Selebihnya aku masuk poket sendiri, beli Lamborghini, Merc untuk anak bini dan kawan-kawan aku.


TAPI

Kerajaan hari ini UMNO dan Barisan Nasional bukan seperti itu, bukan tamak dan gila harta seperti pemimpin pembangang.

Ya, GST antara keputusan TIDAK POPULAR. Tapi ia dilaksanakan bagi memberi manfaat secara menyeluruh, demi masa depan negara.

Bukan zaman Madey - Orang kaya terus kaya, orang miskin terus miskin.


Zaman Najib - orang kaya tak boleh lari daripada membayar cukai. Dulu SST bukan main seronok depa lari cukai. Skg ni depa orang kaya lah yang kuat menyalak pasal GST.

Kita orang miskin kenapa nak marah pada kerajaan? Patutnya marah pada orang kaya yang majoriti puak cauvinis DAP tu. Siapa monopoli dan menguasai ekonomi? Siapa yang manipulasi harga barang?

Pendidikan dan kesihatan adalah tempat 'longgokan' duit hasil kutipan cukai.

Orang kaya pergi hospital swasta siap makan bersuap. Depa ada duit. Orang miskin macam kita pergi hospital kerajaan, free. Paling kuat bayar RM1. Ubat yang harga ratus ribu diberi subsidi.

Orang kaya hantar anak sekolah swasta. Ada sanggup keluar rumah jam 4 pagi semata mata nak hantar anak ke Singapura. Kononnya pendidikan di sana paling hebat. Sanggup bayar puluh ribu setahun untuk pendidikan anak mereka. Biarlah mereka ada duit. Kita yang miskin ni hantar anak ke sekolah kerajaan. Yuran free. Paling busuk pun duit untuk sumbangan PIBG. Depends pada PIBG. Parents tak puas hati, ajukan dalam mesyuarat. Datang tak mesorat?

So, kerajaan BN hari ini sudah cukup baik. Tak perlu terpedaya dengan janji palsu pakatan pembangang. Nak bagi bulan dan bintang, nak beri itu ini tapi dimana sumber pendapatan negara?

Main judi? Jual tanah? Pakai duit daun?


Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pernah berkata, "Kegembiraan rakyat adalah mimpi buruk bagi pembangkang."
http://suaralensa.blogspot.my/2015/11/kegembiraan-rakyat-adalah-mimpi-buruk.html

Seperti kata Annuar lagi, kisah kejayaan yang dicipta BN tidak boleh ditenggelamkan dengan berita persepsi serta fitnah yang diamalkan pembangkang. Perlu sedar, pembangkang tiada modal untuk menyerang Najib dan BN. Sebab itu mereka sekadar bermain persepsi dan kitar semula isu bertujuan melalaikan orang-orang BN serta masyarakat.
http://suaralensa.blogspot.my/2018/01/meneliti-cara-pembangkang-rampas.html


Sebarkanlah...

Rizab negara jauh lebih baik sejak Najib menjadi PM. Ekonomi bertambah baik. Pembangunan dijayakan secara holistik. Lihat bagaimana sistem pengangkutan awam negara dibangunkan misalnya. MRT, ECRL, HSR dan e-hailing dan semuanya untuk rakyat. Ekonomi negara pasti terus baik dan stabil.


Kebajikan rakyat terus terbela dan diambil berat. Lihat bagaimana BR1M berjaya memberi manfaat kepada lebih 7 juta penerima. Sejak dilaksanakan 2012, sebanyak RM34.9 bilion diperuntukkan. Angka sama wang rakyat hilang dalam kes Forex (30bilion) semasa pemerintahan Mahathir.

Prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan terus diamalkan. Sikap 'mendengar' dan 'menyelesaikan' permasalahan rakyat bukan lagi satu kisah dongeng. Janji sentiasa ditepati.

Malaysia dibawah pentadbiran Najib ialah dari bawah ke atas, bukan dari atas ke bawah. Ini direalisasikan dengan kewujudan Transformasi Nasional 2050 (TN50).


Tiada lagi amalan diktator seperti pemerintahan 22 tahun Mahathir yang suka mengarah-arah orang bawahan dan mengikut telunjuk kuku besi - MahaFiraun kata Presiden PAN, Mat Sabu.
http://suaralensa.blogspot.my/2018/01/negara-ditadbir-najib-umno-bn-jauh.html

"Mahathir is a problem, not solution."

"Beliau ialah bos saya suatu masa dulu. Banyak jasa dia pada saya dan saya tidak lupa sehingga ke hari ini. Tapi dia pemimpin yang bagus dan sesuai pada zamannya. Najib bagus dan sesuai pada zaman sekarang." - Annuar Musa
http://suaralensa.blogspot.my/2017/09/puak-pembangkang-mesti-berpeluh-resah.html

#think #PRU14 #UndiBN #KamiGengNajibRazak #TolakPakatan #PakatanProDAP #KekalNajib #KekalBN #BetterNation

No comments:

Post a Comment