AdSense

Wednesday, January 24, 2018

Pemegang saham projek Terowong DAP RM6.34 bilion macam iklan biskut. Sekejap ada, sekejap tak ada?


Macam mana mahu lari, macam mana mahu elak lagi???


Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong terus menerus membawa isu berkaitan projek mega Terowong Dasar Laut bernilai RM6.34 bilion.

Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sudah tersepit. Ke kiri, kanan, depan, belakang sudah tak boleh bergerak.



Sedia maklum, Wee Ka Siong bukan sahaja seorang Ahli Parlimen Ayer Hitam, tetapi beliau juga memegang status Ir, mereka yang berpengetahuan tinggi soal kejuruteraan. Kata orang, perkara-perkara yang menyentuh tentang bidang ini adalah 'makanan' bagi pemegang Ir.

Bagai seorang editor, tertinggal satu huruf pun dia boleh kesan!

Part 1 seperti video di bawah, Wee Ka Siong telah memetik semula apa yang pernah diucapkan sendiri oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bertarikh 4 Mac 2013 yang ada menyebut tentang pemegang saham.

Apa yang dinyatakan :

70.00%
Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction Corporation Ltd

10.00%
Beijing Urban Construction Group

10.00%
Sri Tinggi Sdn Bhd

10.00%
Juteras Sdn Bhd

Pada tahun sama, Guan Eng dengan bangganya mengatakan bahawa ini adalah satu projek yang serius, melibatkan dua syarikat gergasi yang hebat :

CRCC
Syarikat yang membuat Qinghai-Tibet Railway Line.

BUCG
Syarikat yang membina stadium Olimpik Beijing.

Namun, setelah diteliti...

Nama BUCG dan CRCC tidak wujud?! Bahkan syarikat tersebut turut menafikan bahawa mereka terlibat dengan projek terowong berkenaan?!

Penulis percaya dan yakin, bukan sahaja penduduk Pulau Pinang malah seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya, 'magik' apa yang sedang ditayangkan oleh Guan Eng dan kerajaan DAP ini?


PLEASE EXPLAIN CM GUAN ENG, WHAT SAY YOU?



No comments:

Post a Comment