AdSense

Friday, April 21, 2017

Razak 1 jentera canggih projek KVDT


Razak 1 merupakan jentera canggih dalam menyiapkan projek menaik taraf landasan keretapi berkembar eletrik atau lebih dikenali dengan nama KVDT - Projek Infrastruktur Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang.


Projek menaik taraf landasan ini bermula pada bulan Mei tahun lalu dan dijangka siap pada akhir tahun 2019.

Ia meliputi kerja membaik pulih landasan sepanjang 42 kilometer antara Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu sekaligus berupaya meningkatkan lagi mutu perkhidmatan keretapi (komuter dan ETS).


Selain itu projek ini turut melibatkan kerja-kerja menaiktaraf 16 stesen di sepanjang laluan berkenaan, termasuk sistem semboyan dan elektrik sedia ada.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika merasmikan projek KVDT, ia juga akan meningkatkan "headway" dari 15 minit pada ketika ini kepada 7.4 minit setelah ia siap sepenuhnya nanti.


Untuk makluman projek ini juga dianggarkan melalui dua fasa pembinaan. Pada peringkat fasa pertama ini, kos projek dianggarkan berjumlah RM1.41 bilion. Projek KVDT ini dilaksanakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Sementara pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula selaku pengawal selia, perancang dan penguat kuasa bagi sistem pengangkutan awam darat di Malaysia, terlibat dalam perbincangan dengan KTMB untuk mengenal pasti laluan yang terganggu, serta penjadualan kerja yang diperlukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.


Kerja-kerja menaik taraf ini perlu dilaksanakan oleh KTMB sebagai langkah untuk memastikan kesemua perkhidmatan rel dapat bergerak dengan lancar dan tidak akan lagi berhadapan dengan kegagalan, kegelinciran mahupun kelewatan atau pembatalan perkhidmatan pada masa hadapan.

OBJEKTIF DAN MANFAAT PROJEK KVDT:

Menaik taraf infrastruktur landasan agar perkhidmatan tren lebih selesa dan selamat.
Menambahbaik kualiti perkhidmatan tren KTM Komuter.
Keselamatan penumpang dan operasi tren lebih terjamin.
Sistem kereta api yang lebih efisien, selesa dan berdaya maju bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di Lembah Klang.
Menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya.

KAWASAN YANG TERLIBAT

FASA 1A [Rawang – Simpang Batu] Rawang – Kuang – Sungai Buloh – Kepong Sentral – Kepong – Segambut

FASA1B [Kuala Lumpur – Simpang Pelabuhan Klang] Kuala Lumpur – KL Sentral

FASA 2 [Simpang Batu – Kuala Lumpur] Segambut – Putra – Bank Negara – Kuala Lumpur

FASA 3 [Sentul – Simpang Batu] Sentul – Putra – Segambut

FASA 4 [Simpang Pelabuhan Klang – Salak Selatan] KL Sentral – Mid Valley – Seputeh – Salak Selatan

Rujukan :
http://www.spad.gov.my/ms/pengangkutan-awam-darat/rel/projek-naik-taraf-landasan-berkembar-lembah-klang-kvdt
http://www.ktmb.com.my/ktmb/index.php?r=portal/index
http://suaralensa.blogspot.my/2017/02/maklumat-terkini-projek-kvdt.html

Foto : FB Agenda Daily

No comments:

Post a Comment