AdSense

Sunday, April 23, 2017

Orang India minta orang Melayu bersatu



Biasa kita dengar orang Melayu merayu supaya bangsa Melayu bersatu sesama sendiri.

Tetapi kali ini seorang pemimpin India pula secara terbuka mengeluarkan kenyataan serupa.

Beliau ialah Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri S. Nallakaruppan - yang juga pernah menjadi sahabat karib Anwar Ibrahim suatu masa dahulu.

Kata Nalla, orang Melayu hari ini seharusnya berdiri teguh dibelakang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kini tibalah masanya untuk orang Melayu bersatu demi memberikan mandat seterusnya kepada Perdana Menteri mentadbir mengikut acuan yang sedang dilaksanakan ketika ini."

Nalla yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) mengatakan bahawa apa yang dilaksanakan Najib membuktikan komitmen kerajaan dibawah pentadbirannya menyatukan semua kaum terutamanya orang Melayu bagi masa depan yang lebih cemerlang.

Selama pemerintahan 22 tahun bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, orang Melayu sudah berpecah belah kepada banyak kelompok. Sukar sekali untuk menyatukan orang Melayu.

Oleh yang demikian, bersatulah orang Melayu! Jangan jadi barua DAP!

No comments:

Post a Comment