AdSense

Friday, April 21, 2017

Keliru tentang AWAS? Baca ni...


Ada yang fikir pesalah trafik akan didakwa ke mahkamah sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama selepas wujudnya Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Kononnya ia bertentangan dengan prinsip undang-undang atau ‘double jeopardy’ seperti mana yang termaktub dalam Perkara 7 (2) Perlembagaan Persekutuan.


Namun ia tidak timbul dalam pelaksanaan sistem ini.


Menjelaskan perkara itu, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, double jeopardy berlaku apabila mana-mana individu didakwa di mahkamah dua kali untuk kesalahan yang sama.

Tambah Liow, kes itu (double-jeorpady) tidak berlaku dalam hal ini kerana pesalah hanya didakwa di mahkamah sekali sahaja.

Melihat kepada kekeliruan ini, Liow mengarahkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya memberikan maklumat yang lebih jelas seterusnya memastikan orang ramai faham dan tidak lagi terkeliru tentang perkara ini.

Untuk makluman, sistem AES dan KEJARA adalah dibawah penguatkuasaan dua agensi berbeza iaitu polis dan JPJ. Kedua-duanya berlainan sistem.

Setakat ini, AES hanya digunakan untuk dua jenis kesalahan, iaitu trafik dan pemanduan laju sahaja. Manakala pemotongan markah hanya untuk sistem KEJARA.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, pesalah jalan raya boleh dikenakan dua hukuman serentak iaitu kompoun dan pemotongan mata dimerit seperti yang dilaksanakan di bawah AWAS.

Bagi penulis mudah saja, jadilah seorang pemandu yang berhemah. Kenapa perlu takut pada undang-undang yang hanya diwujudkan bagi memastikan keselamatan diri kita sendiri? Kalau boleh penulis mahukan undang-undang yang lebih tegas seperti penjara dan sebatan!


Tak sanggup lagi melihat kes kemalangan meragut nyawa orang lain akibat kelakuan pesalah jalan raya yang suka melanggar undang-undang!

*AWAS merupakan gabungan AES dan KEJARA. Mula dikuatkuasakan pada 15 April 2017.

Artikel berkaitan :

http://suaralensa.blogspot.my/2017/04/19-maut-setiap-hari-apa-cadangan.html

No comments:

Post a Comment