Kalau dengar ceramah parti pembangkang, wajib ada ucapan yang mengatakan Barisan Nasional dan UMNO parti rasuah. Kerajaan Malaysia akan dituduh sebagai pentadbir yang tidak telus.
Tetapi hari ini, Mahkamah Kuala Lumpur menerima 'tetamu' muda bergelar Datuk yang akan dituduh mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFAPUAA) 2001 atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan.
Siapa dia?
Dia adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram pada 13 April lalu.
SPRM dalam kenyataan baru-baru ini mengatakan rumah yang dibeli suspek dengan harga RM1.2 juta secara tunai di Ampang dan lima kereta mewah miliknya turut disita.
Apakah ini parti yang mahu diangkat menjadi pemerintah? Baru pemimpin diperingkat sayap tetapi sudah terlibat dengan kes yang besar seperti ini.
Gambar :
1. Kes Liwat II Anwar
2. Banglo Disneyland Ampang
3.Kes Liwat II Anwar
No comments:
Post a Comment