Suara Lensa bukan macam Pakatan proDAP yang hanya pandai cakap kosong - Nampak hebat tapi penuh dengan persepsi dan fitnah semata-mata. Penulisan ini sebaliknya bersandarkan kepada fakta dan realiti.
Lihatlah sekeliling anda, pembangunan semakin rancak sementara kehidupan masyarakatnya bertambah baik. Kenderaan semakin bertambah. Sesaknya menunjukkan rakyatnya mampu dan sedang berdiri seiring rakyat di negara maju lain.
Baik kepada mereka yang bersama-sama bekerja untuk negara atau keluarga atau diri sendiri. Mereka yang hanya goyang kaki atau leka bermain fesbuk dengan memaki hamun kerajaan tidak termasuk di dalam kelompok masyarakat yang dinyatakan di atas.
"Kau malas macam mana nak hidup senang". Ini prinsip yang dipegang Suara Lensa dalam kehidupan sebagai seorang manusia bertamadun.
Dulu nak tengok Superbike punyalah payah. Sekarang motor kapcai pula yang seakan tenggelam. Kata pemimpin Angkatan Muda Keadilan Ampang, Adam Rosly, RAMAI ANAK MUDA YANG KAYA DI MALAYSIA.
Syukur, sejak Malaysia ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sedari dulu, belum ada rakyat yang mati kebuluran.
Oleh kerana suasana jalanraya kita terutamanya seperti ibunegara, Kuala Lumpur semakin sesak dengan kepadatan kenderaan, maka kerajaan membina pengangkutan awam sokongan MRT.
Dalam masa sama LRT ditambah laluannnya meliputi kawasan-kawasan strategik serta mesra pengguna.
Luar Kuala Lumpur, kita ada Lebuh Raya Pan Borneo, ECRL di Pantai Timur, HSR di sebelah selatan dan banyak lagi.
Apakah ini bukan perkara baik? Kenapa pemimpin pakatan pembangkang tidak suka apabila melemparkan pelbagai fitnah dan tuduhan seolah-olah mahu menggagalkan projek rakyat ini?
Untuk makluman pembaca yang mungkin terlepas pandang mengenai perkembangan terkini projek MRT;
MRT Fasa 2 dengan kos RM28 billion ini akan mula beroperasi pada bulan Julai tidak lama lagi. Fasa 2 ini melibatkan laluan Kajang-Semantan dengan 19 stesen termasuk 7 stesen bawah tanah.
Sementara MRT Fasa1 laluan Semantan- Sungai Buloh telah pun beroperasi Disember tahun lalu.
Pemimpin pakatan pembangkang perlu akui fakta yang menyebut bahawa kemudahan pengangkutan awam di Malaysia semakin baik dan diiktiraf ke-11 terbaik daripada 138 negara oleh World Economic Forum.
Apa yang payah sangat pemimpin pakatan pro DAP ini untuk menerima hakikat?
Lagi satu, projek yang dijalankan kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi lain ini bukan sehari dua punya perancangan.
Sebaliknya ia sudah digerakkan sejak beberapa tahun kebelakang. Pokok pangkalnya pihak yang terlibat bertungkus lumus mencari idea dan formula untuk mensejahterakan kehidupan rakyat di Malaysia.
Bukan seperti pemimpin pakatan pembangkang yang hanya pandai menghasut rakyat membenci kerajaan walaupun untuk perkara-perkara yang baik seperti pembangunan pengangkutan awam yang sedang dijalankan.
Artikel berkaitan :
Kenapa YB pembangkang bengang dengan SPAD? Nak tahu, baca ni...
MRT dan persepsi buruk agenda pembangkang
MRT : Satu Malaysia ketawakan Rafizi
MRT untuk Malaysia - INFO & GAMBAR
#JomNaikMRT 16 Disember ini
Tambang MRT SBK Fasa 1
#Negaraku #Barisanprorakyat #JomNaikMRT
Belum ada cara penbangkang boleh menyaingi barisan nasional
ReplyDelete