AdSense

Wednesday, April 19, 2017

Pemimpin DAP fitnah MCA - Kena saman RM100 juta


Politik kebencian, hasutan dan fitnah acuan pembangkang membawa padah.


Ketua Biro Undang-undang MCA, Datuk Tay Puay Chuan berkata, Ahli Parlimen Segambut (DAP) Lim Lip Eng telah berbohong kepada rakyat Malaysia semata-mata mahu menjatuhkan reputasi MCA apabila mengaitkan aset parti itu dengan peruntukan kerajaan yang sepatutnya diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“MCA tidak pernah melakukannya, malah kita sendiri sebenarnya telah menderma banyak wang kepada sekolah-sekolah Cina.”

Bak kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula, DAP akan malu besar jika MCA memberitahu jumlah sebenar peruntukkan yang diberikan parti itu kepada SJKC.

Ini kerana MCA sangat mementingkan soal pendidikan selain ekonomi. Bukan macam DAP, hanya pandai kritik dan perlekeh usaha pihak lain.

Mungkin ada yang terlepas pandang, Lim Lip Eng sebelum ini telah memfitnah MCA menggunakan wang Kerajaan Persekutuan tanpa memberikan peruntukan kepada SJKC.

Inilah sikap dan permainan jijik pemimpin DAP yang cukup gemar membuat persepsi dan menfitnah. Politik kotor sebegini bukanlah budaya yang baik untuk ditonjolkan kepada masyarakat.

Untuk makluman, pemimpin DAP ini pernah kena saman oleh bekas ahli DAP sendiri iaitu Yap Kwan Meng.

Lip Eng dikatakan bersikap angkuh dan sombong apabila enggan membayar wang ganti rugi dan kalah dalam kes saman malu tersebut yang berjumlah RM27,000.


Tiba masanya masyarakat Malaysia hari ini lebih serius memerangi amalan fitnah acuan DAP. Jangan sesekali terpengaruh dan mempercayai bulat-bulat apa yang keluar daripada mulut pemimpin DAP. Ini kerana, amalan fitnah berupaya merosakkan keharmonian sesama kita.

#TerimaFaktaTolakFitnah

No comments:

Post a Comment