AdSense

Tuesday, August 23, 2016

Pemimpin (kemaruk kuasa) Pribumi TUDUH BN rasis pula?



Aku sebenarnya kurang berminat untuk menulis tentang Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi pemimpin yang kecewa...

Tetapi hari ini, kenyataan Presiden parti baharu Pertubuhan Pribumi Bersatu (parti Mahathir dan anak-anak), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggelarkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti berunsur perkauman, adalah satu tuduhan yang aku tidak boleh diterima.


Memanglah, tiga tonggak utama dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC masing-masing mewakili kaum masing-masing. UMNO dengan Melayu, MCA Cina dan MIC mewakili kaum India. Tetapi pernah atau tidak kita melihat UMNO menggunakan logonya ketika bertanding? MCA dan MIC guna logo mereka sendiri?



TIDAK, mereka semua berada dibawah satu bumbung - BN dengan lambang dacingnya sejak dahulu lagi.

Ini yang dikatakan oleh Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong bahawa pemimpin kecewa dalam parti Pribumi cuba memperbodohkan rakyat.



Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menyingkap kembali sejarah politik dalam negara. Katanya, antara syarat utama dari pihak British sebelum memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu adalah memastikan bahawa kaum pendatang yang dibawa oleh British dari Negara China dan India diterima sebagai warganegara dan wakil - wakil mereka harus memenangi pilihanraya pertama negara ini.

Oleh yang demikian, parti UMNO, MCA dan MIC ditubuhkan untuk memperjuangkan bangsa masing - masing dibawah satu ikatan yang diberi nama Parti Perikatan.

Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada BN yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.

'Come on'...

Pemimpin dalam parti Pribumi bukan sehari dua berada dalam kerajaan. Mereka sebenarnya menyedari tentang perkara ini. Perjuangan setiap parti komponen dalam BN pada akhirnya adalah membela nasib rakyat, bukannya memperjuangkan kepentingan peribadi sepertimana parti-parti lain.

Sedia maklum, DAP cenderung dengan semangat chauvinis, PKR pula ditubuhkan hanya untuk Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan Pribumi yang dilahirkan hanya untuk Mahathir, Anak dan Kroninya.

Masing-masing ada agenda sendiri. Bercelaru...
Jadi, hentikanlah usaha memburuk-burukkan BN dengan pelbagai kata-kata kotor. Janganlah kerana merasakan diri terlalu warak sehingga mencaci BN dengan tuduhan yang tidak berasas. Adalah lebih baik memenangi hati rakyat dengan cara politik matang dan bertamadun sepertimana BN.

Sedarlah, rumah baharu kalian itu elektrik pun masih belum ada, jiran-jiran juga tidak berminat untuk tinggal berdekatan. Rumah kalian mungkin baru dibina tetapi tunggu masa roboh saja kerana diperbuat daripada kayu reput.

No comments:

Post a Comment