AdSense

Wednesday, August 24, 2016

MCA fokus PRU14


Ada yang merasakan Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) lambat lagi....

Maka itu jentera belum lagi dipanaskan enjinnya... Masih lena dalam selimut. Kalau terjaga pun, mamai-mamai capai program bodoh-bodoh, sekadar mencukupkan syarat memenuhi KPI.

Jauh berbeza dengan jentera pembangkang.


Penulis difahamkan, setiap kali adanya évent', mereka gigih mendaftar pengundi muda dan baharu. Paling busuk, satu hari 10 nama baharu didaftarkan untuk satu-satu kawasan berkapasiti 100 orang penduduk.

Paling kuat bekerja tarik pengundi ini ialah DAP. Sampai kat tapat Pasar Malam pun mereka ada pacak 'gerai'.

Bukan niat nak lambung DAP, tapi nak bagitahu yang jentera mereka sudah áll-out' tanpa gagal. BUKAN sehari sebelum pilihanraya mereka buat kerja ni...

Sebenarnya kalau turun ke bawah, masyarakat bukanlah suka sangat pada parti cauvinist seperti DAP ni. Apatah lagi ajaran songsang PKR dan lain-lain parti pembangkang. Tetapi apabila melihat cara kerja jentera yang berkempen sepanjang masa, apakah jentera Barisan Nasional tidak merasa apa-apa?

Bukan soal bila tarikh PRU14... Lambat atau cepat bukan isunya. Kerana jentera sepatutnya sudah dikerah di setiap pelusuk negara. Bukan lagi masa nak main-main berebut kerusi Menteri Besar, kerah keringat membuat kertas permohonan projek, bergaduh dengan pengguna Facebook dan berkepit dengan Presiden sepanjang masa sehingga kawasan sendiri terabai!

Penulis secara peribadi sangat bersetuju dengan parti komponen BN iaitu MCA menerusi kenyataan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sudah memuktamadkan calon-calon untuk bertanding pada #PRU14 nanti.


Katanya, kriteria calon yang dipilih itu bukan berdasarkan kepada pilihan parti tetapi juga disukai pengundi dan mengunapakai istilah 'calon boleh menang'. MCA juga beriltizam untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina di seluruh negara.

Terdapat beberapa cadangan MCA untuk mengambil semula kerusi mereka di beberapa kawasan. Ini juga bukanlah isu pokok yang harus diperbesarkan.

Kerana apa jua keputusan ia terpulang kepada pimpinan tertinggi parti berdasarkan kepada faktor-faktor yang difikirkan menepati kehendak semua khususnya para pengundi.

Apa saja keputusan parti perlu dihormati oleh setiap parti komponen. Bukan lagi masa untuk bermasam muka dan memboikot sesama sendiri sehingga menggadai kemenangan parti.

Tindakan sebegini menunjukkan MCA serius dan menzahirkan komitmen tinggi untuk memenangi setiap kerusi yang dipertandingkan pada PRU14.

Benar, MCA pernah dilabel sebagai komponen yang gagal semasa PRU13 berikutan peristiwa 'Tsunami Cina'. Tetapi ia bukanlah faktor utama kepada kegagalan BN meraih mandat kukuh. Ada lagi isu-isu lain baik isu nasional atau tempatan yang mengundang kepada peristiwa tersebut.

Dalam masa sama, MCA sudahpun melunaskan janji mereka untuk tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet. Tapi apa yang berlaku selepas itu?

Malaysia kelihatan tempang apabila kaum kedua terbesar tidak bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan. Ia berbalik semula kepada semangat perpaduan sebagaimana yang dipraktikkan Malaysia sejak sekian lama.

Ini bukan isu perkauman tetapi lebih kepada erti perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen sudah terkenal dengan pemerintah di bawah payung besar dacing - Barisan Nasional.


Gagasan ini merupakan pemerintah yang kekal berjaya dan relevan berbanding Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan mahupun pakatan Mahathir.

No comments:

Post a Comment