AdSense

Monday, August 29, 2016

Ini Muhammad Nabil Rosli lah!


Muhammad Nabil Rosli bukan lelaki biasa... Beliau luarbiasa!


Suara Lensa pernah menyiarkan kisah tentang seorang insan istimewa, Muhammad Nabil Rosli dengan tajuk artikel OKU ini bekerja untuk belanja ibu, ayah 


Ya, Nabil memang seorang istimewa yang cukup hebat! Hari ini, beliau bukan sahaja belanja ibu dan ayahnya dari segi kewangan semata-mata tetapi lebih daripada itu....


Beliau berjaya memenangi pingat dalam sukan Paralimpik di Sarawak baru-baru ini. Pingat Perak untuk acara 100m dan Gangsa 200m.

Kata Nabil, "Can i have a medal for next?"

Itulah Nabil, seorang insan yang cukup hebat dan membanggakan kita semua terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Kejayaan Nabil ini turut diraikan dalam satu majlis oleh majikan tempat beliau bekerja, restoran McDonald's di Puncak Alam, Selangor. Majlis keraian ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat buat Nabil dan rakan-rakannya untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Insya Allah, mungkin Nabil akan mengharumkan nama negara Malaysia dalam sukan Paralimpik di peringkat antarabangsa! Kami di Suara Lensa akan terus mendoakan kejayaan Nabil. Tahniah bro!

#KamiJuara #KamiLuarBiasa















1 comment:

  1. Penyertaan dengan keringat yg sama dlm memajukan sukan..tapi hadiah ciput...adik betul pihak pihak di malaysia ni

    ReplyDelete