AdSense

Tuesday, January 21, 2014

TOYOTA CAMRY MELETUP, 12 PARAH TERMASUK 1 MP


Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi di Persiaran Stonor berdekatan Jalan Tun Razak di ibunegara.

Orang ramai kelihatan terkejut dengan bunyi seakan-akan bom ala-ala kentut manusia yang tiba-tiba meletus tatkala pengguna jalanraya sedang berpusu-pusu ke pejabat dan tempat kerja.

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku kerana kesalahan pemimpin UMNO. Kerana tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan UMNO, tambahan ia juga merupakan tradisi harian.

Jelas saksi yang enggan namanya disiar, kebakaran mula berlaku apabila sekeping poster dengan lambang bendera Jepun dibakar dengan sendirinya.



Kebakaran itu bagaimanapun mula merebak ke sebuah kereta Toyota Camry warna putih dimana kelihatan seorang VIP sedang duduk didalamnya sambil kelihatan seperti menghafal dialog, bercakap telefon dengan muka berkerut. Kena marah dengan boss dia agaknya sebab prestasi tidak memberangsangkan.

Dengan apa yang berlaku, dijangka protes besar-besaran akan diadakan di seluruh negara dengan membakar barangan buatan Jepun termasuk jenama Toyota secara beramai-ramai.

Protes ini diadakan bagi mempertahankan ketua parti sebagaimana prinsip lawan tetap lawan digunapai.
*Gambar paling atas sekadar hiasan :)

Jom klik!

1 comment:

  1. Exco Penang sila tukar kereta official masing2. Guna keta Chery dah la. Murah, dan hasil negara toknenek tokong Lim.

    ReplyDelete