Friday, August 24, 2012

DEMI KRONI : DAP amal budaya TIKAM-MENIKAM !!!


Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat hari ini tampil memberi penjelasan berhubung isu perletakan jawatan beliau pada 16 Ogos lepas.

Tuan Tat mengecam tindakan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang mengatakan kononnya beliau telah dipecat dan bukan seperti situasi sebenar, letak jawatan.

"Anda (Tan Kok Wai) menfitnah saya di dada akhbar untuk menjatuhkan integriti, kredibiliti dan populariti saya. Anda mendakwa saya mendapatkan 149 keahlian dengan menggunakan kad pengenalan palsu tanpa kebenaran. Dimana dan bila perkara itu berlaku, sila buktikan," jelasnya kepada pemberita pagi tadi.

Beliau yang telah berkecimpung dalam politik bersama DAP selama 18 tahun turut menjelaskan bagaimana bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz yang turut menerima nasib sama atas kepentingan politik peribadi pemimpin DAP.

"Tunku bukanlah penjenayah. Beliau menyokong (usaha) Bersih tetapi tidak bermakna boleh melanggar undang-undang," katanya.

Tambahnya lagi, DAP kini dilihat bersikap berat sebelah dalam beberapa hal dalaman parti. Nama-nama seperti Tunku Aziz, Fan Yew Ting, Lee Ah Kim, Wee Choo Keong, Teoh Teik Ho, SK Soong, Wing Fung Kot, Yap Gim Guan, Chan Teck Chan, Lee Lam Thye, Tan Chew Hwa, Yap Kuan Ming, Tony Tan, Vellasamy A / L Rasu @ Raman, dan banyak lagi antara mangsa politik dalaman parti itu.

Sebelum ini, Tuan Tat menyifatkan keputusannnya keluar dari DAP sebagai membidas parti itu yang telah lari dari matlamat perjuangan asal dalam mempertahankan dan menjunjung demokrasi.

Beliau turut membidas dan mendakwa DAP kini telah diterajui oleh pemimpin yang angkuh, malah tidak mengamalkan sikap profesional. SUMBER

No comments:

Post a Comment