AdSense

Friday, August 24, 2012

MINTA NYAWA : MB Selangor semakin kusut!!!

 Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan. Selanjutnya, KLIK disini

No comments:

Post a Comment