AdSense

Wednesday, August 22, 2012

Budak PKR berjaya keluarkan air mata ibu kandungnya lagi...


Bila kita cakap pasal budak PKR kesayangan Anwar Ibrahim ni, puak pembangkang pasti akan menuding jari ke arah orang lain pula.

Sehingga cuba menarik isteri perdana menteri ke situasi sama.
Kononnya saudara Rosmah itu ditinggalkan terkontang kanting meneruskan hidup setelah Rosmah bergelar isteri perdana menteri.

Hakikatnya, saudara yang dimaksudkan itu hanyalah sekadar saudara jauh.
Kaum Melayu sudah tentu tahu apa makna SAUDARA JAUH.
Dan semua juga sedia maklum bahawa saudara jauh itu adalah jenis manusia yang tak tahu bersyukur.

Nama Rosmah Mansor pasti akan naik jika blog proBN cuba ketengah hal Azmin Ali yang derhaka terhadap ibunya.
Pembangkang akan cuba sedaya upaya untuk timbulkan persepsi buruk terhadap isteri perdana menteri itu.
Sedangkan perkara serius melibatkan titisan air mata ibu itu lebih tiggi azabnya.

Buat pemimpin dan penyokong pembangkang, PKR terutamanya, usah mengubah atau tukar tajuk lagi apabila bercakap soal Azmin Ali dan ibunya itu.

Perkara yang benar itu usah diputar belit lagi.
Titisan air mata Mak Tom begitu besar erti dan balasan sudah pasti tidak akan terlepas kerana Tuhan itu Satu.
Berilah nasihat dan tariklah Azmin Ali ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment