AdSense

Wednesday, August 22, 2012

MB Selangor tidak peduli Sultan !

Apa nak jadi dengan MELAYU dari parti PKR seorang ini...
Apa yang dititah Sultan langsung tidak di ambil peduli !
Sebenarnya apa yang dititah Sultan Selangor sebelum ini adalah demi kebaikan rakyat juga.
Kenapa susah sangat untuk pemimpin PKR ini selaku Menteri Besar untuk menerima nasihat?
Besar kepala sungguh pemimpin boneka DAP ini sehingga sanggup berpolitik didalam masjid !


SABAK BERNAM 11 Ogos - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak sekali-kali berkenan institusi masjid di negeri ini dipolitikkan.

"Titah Beta ini meliputi semua parti politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang," baginda bertitah di majlis perasmian Masjid Kampung Binjai Jaya, Sungai Panjang di sini.


Baginda mahu kemudahan surau serta masjid tidak disia-siakan dan dipandang ringan umat Islam itu sendiri, sebaliknya surau dan masjid mesti dimanfaatkan sebagai suatu tempat menambah keimanan di samping membina kekuatan serta membentuk peribadi yang mendapat keredaan Allah.


"Masjid tempat yang paling baik kita bersatu padu," titah baginda.


Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak berkenan khutbah, pengajaran agama dan tazkirah yang diadakan di masjid atau surau di negeri ini diselitkan dengan ideologi parti politik, tuduh-menuduh dan caci-mencaci sesama Islam.


Perbuatan seperti itu boleh menimbulkan kebencian dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Islam terutama orang Melayu, titah baginda.- KLPOS


Apa akan terjadi jika masjid terus dijadikan medan politik?
Adakah gambar di bawah ini tidak membawa apa-apa makna buat umat Islam?
Sama-sama kita fikirkan...


No comments:

Post a Comment