AdSense
Monday, April 23, 2012
Anwar sedang merayu, BN jangan 'take easy'.
Anwar sebenarnya semakin goyah dengan kelibat bekas-bekas pengikutnya yang kini BANGKIT menentangnya! TIBAI, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim ini disertai majoriti dari kepimpinan tertinggi dalam PKR. Hinggakan pengasas parti itu juga bersama-sama menentang Anwar Ibrahim!
Dalam ceramahnya Anwar mungkin akan menyorok ketakutan di tengah khalayak.
Hakikatnya, dia kini semakin gusar.
Masakan negeri Selangor mahu di asingkan dari bersama-sama pilihanraya.
Bak kata Noh Omar, Anwar takut pada angin perubahan yang bertiup kencing di negeri itu yang menunjukkan rakyat sudah celik dan sedar!
KUALA LUMPUR, 23 Apr - Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata Malaysia akan hancur jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri sewaktu berucap pada majlis pelancaran pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), semalam.
Ng Lum Yong yang pernah mendedahkan pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah diberi tugas oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sudah lama menunggu kewujudan organisasi yang dianggotai oleh bekas pemimpin PKR.
Beliau yang pernah dinafikan hak bertanding jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR hanya kerana mendedahkan komplot menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu turut menyifatkan perjuangan Anwar Ibrahim tidak lebih sekadar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Beliau yang mengumumkan keluar parti dan menyertai MCA tahun lalu berkata masyarakat Cina perlu didedahkan dengan setiap pembohongan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang ini.
Ng Lum Yong mengesahkan beliau akan bergabung tenaga dengan MCA untuk mengadakan ceramah perdana terbesar di Pulau Pinang khususnya kepada masyarakat Cina dalam memberi penjelasan mengenai Anwar Ibrahim.
Beliau yang gembira dengan penubuhan TIBAI menyindir sebuah NGO yang didakwa ditubuhkan oleh PKR, "Penubuhan satu lagi NGO oleh PKR yang diberi nama Cintai Insan Bernama Anwar Ibrahim seolah-olah mengesahkan satu perkara. Singkatan nama pertubuhan itu sudah jelas menunjukkan maksudnya."
Ng Lum Yong turut menegaskan sejak 12 tahun PKR ditubuhkan, semua institusi di negara ini telah menjadi bahan momokan dan dihina begitu dahsyat oleh Anwar Ibrahim. "Malaysia akan hancur jika Anwar Ibrahim perdana menteri, percayalah cakap saya," kata Ng Lum Yong.
Beliau turut menegaskan bekas-bekas pemimpin PKR faham dengan sikap Anwar Ibrahim yang akan mendakwa mereka telah menerima sebarang imbuhan wang dalam mewujudkan TIBAI. - KLPOS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment