AdSense

Tuesday, April 24, 2012

PROTON : Masih ada yang TAK SENANG

PROTON, syarikat anak Malaysia ini memang tidak disenangi sejak dahulu lagi.
Dari zaman proton Saga sampailah ke Preve.
Ramai yang berdendam dengan kejayaan syarikat tempatan ini.



Kejayaan demi kejayaan yang dicapai Proton sememangnya menjadi satu kebanggaan Malaysia.
Sedangkan negara dan rakyat asing berasa kagum dengan pencapaian Proton yang dilihat semakin hari menunjukkan peningkatan demi peningkatan.



"Malaysia nak cipta kereta sendiri? Lupakan saja. Hahahaha"
Dialog ketika Proton mahu mencipta sejarah, menjadi pembakar semangat buat syarikat tempatan untuk menggapai slogan 'Malaysia Boleh'.

Kini, sifat dendam terhadap Proton masih belum pudar.


Dalam tempoh yang sekejap saja, sebanyak 2,096 shares telah dibuat dan 1,471 like
Fakta nombor bukan perkara pokok, tetapi apa yang aku nak timbulkan di sini adalah, bagaimana perasaan dendam terhadap Proton ini masih belum pudar.
Golongan pendendam ini akan mencari walau seinci atau sekecil mana keburukan untuk di jadikan modal dan isu HANYA kerana sifat dendam mereka masih belum pudar.

Petikan dari Blog MyMassa :
Pantang ada anak Melayu menghasilkan sesuatu yang baik, pasti ada yang akan melekehkannya. Kalau setakat lekeh je ok lagi, ni sampai tahap menjahanamkan reputasi syarikat tersebut. Produa tak de pulak orang Melayu nak perlekehkan sebab tau yang cipta dan reka Produa adalah orang Jepun, bukan orang Melayu. Sebab tu gambar kerosakan Perodua tak dijaja di merata-rata tempat.

No comments:

Post a Comment