AdSense

Monday, April 23, 2012

Perdana Menteri yang bertanggungjawab


Seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab sudah pasti akan menjaga kebajikan rakyatnya.
Bukannya memaki hamun hanya kerana kecewa.
Bukan hasut rakyat untuk membenci orang lain.
Bukan meracuni fikiran rakyat untuk dibawa ke jalanan.
HANYA kerana KECEWA, rakyat diheret ke lembah hina !
TIBAI! Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim !



KUALA LUMPUR 23 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan Kos Sara Hidup di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah cara bagaimana beliau memastikan bahawa isu pendapatan rakyat dipelihara.
Perdana Menteri berkata, pelbagai langkah diperkenalkan untuk membantu rakyat di bawah NKRA, terutamanya golongan miskin dan kaum buruh dalam meringankan beban kewangan mereka, dan RM36.7 bilion telah dibelanjakan untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, dari 2010 hingga 2011.
"Rakyat Malaysia yang bertungkus lumus bekerja tidak harus dihukum dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, dalam bekerja keras untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, kerajaan yang saya ketuai ini, tidak akan menjejaskan kepentingan golongan miskin dan buruh.
"Saya akan melakukan yang terbaik untuk menangani kenaikan kos dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya terhadap rakyat melalui proses transformasi," kata beliau dalam entri terbaharu blog, www.1Malaysia.com hari ini. - Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment