Ini berkenaan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA yang diumumkan pemansuhannya oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Bagi Bapa Pemodenan, Tun Mahatahir pula, beliau berpendapat sekiranya rakyat Malaysia matang dalam mendisiplinkan diri maka keselamatan negara dapat dikawal.
"Saya berharap rakyat Malaysia cukup matang untuk memahami bahawa
apabila tiadanya undang-undang, tetapi kawalan diri mesti diamalkan,anda
mesti mendisiplinkan diri tidak menjejaskan keselamatan negara,”
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za’ba,di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini. - Tun Mahathir
Jika kita rakyat Malaysia bersama-sama menjaga keselamatan negara, tiada perlu anggota beruniform, anggota keselamatan dalam negara bertungkus lumus dalam usaha menjaga keamanan negara.
Rakyat matang dengan tidak menyertai kumpulan-kumpulan pemberontak seperti turun ke jalanan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati sedangkan banyak platform untuk tujuan itu.
Sedia maklum, negara-negara seperti Somalia yang dahulunya aman harmoni, menjadi kacau-bilau dalam sekelip mata. Rakyat kebuluran, rakyat menderita angkara perebutan kuasa. Anggaran purata kematian 200 orang mati setiap hari adalah sesuatu total yang normal disana.
Apa yang berlaku di Somalia adalah kerana perang saudara.
Erti kata lain, perang sesama sendiri.
Walhal 100% penduduknya adalah beragama Islam.
Negara Islam sudah banyak bergolak dewasa ini.
Mereka berpecah-belah sesama sendiri.
Mereka bermusuh sesama sendiri.
Perasaan hasad dengki sesama sendiri dalam merebut kuasa punca utama.
Apabila hasad dengki menguasai diri, disiplin tidak mampu dikawal dan meletuskan kekacauan.
Apakah ini yang dimahukan sesetengah pihak terutamanya penganjur yang gelarkan mereka sebagai 'Bersih'?
Rakyat Malaysia matang, mendisiplinkan diri tidak menjejaskan keselamatan negara
No comments:
Post a Comment