Ahli Jawatankuasa Parlimen mahu menambahbaik proses pilihanraya dalam negara akan terus dijalankan walaupun tanpa persetujuan Pakatan Rakyat.
Itu tegas Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.
Dan semalam, Pakatan Rakyat bersetuju sebulat suara mahu bersama-sama dalam hal itu.
Macam kebiasaan, Anwar Ibrahim masih terus menuding jari kepada kerajaan persekutuan.
Apa yang diulas dalam sidang media semalam di Ibupejabat PAS, dengan mengatakan bahawa BN sengaja melengah-lengahkan perlaksanaan itu. Dan mereka dalam Pakatan Rakyat mahu ia disegerakan.
Sebelum ini Pakatan Rakyat mengenakan bermacam-macam syarat dan ada yang tidak masuk akal serta melampui batas!
Belum ada mana-mana negara dalam dunia, tarikh pilihanraya dirunding kerajaan pemerintah bersama parti pembangkang! Dan itulah yang disyaratkan oleh Pakatan Rakyat! Dan sekarang mereka menuding jari kepada kerajaan dengan mengatakan kerajaan sengaja melengah-lengahkan hal tersebut?
Tersedar dari mimpi
Terjaga dari lena
Lumrah hidup, mungkin ada sesetengah IBU bosan dan merungut kerana melayan karenah si ANAK-ANAK yang degil. Dan sedia maklum ANAK-ANAK yang diklasifikasikan 'hingus belum kering' ini, tidak mampu memikirkan mana baik mana buruk. Dan juga ANAK KECIL ini hanya memikirkan dunia mereka sahaja. Mereka hanya dalam dunia mereka. Sebagai contoh, mereka tetap merengek dan memberontak mahukan makanan kegemaran mereka iaitu ais-krim, sedangkan si IBU mengetahui ianya (ais-krim) tidak baik untuk kesihatan mereka. Tetapi ia hanyalah satu keluhan normal, dan si ANAK sememangnya banyak karenah dan degil. si IBU terus melayan dan menjaga si ANAK dengan baik tanpa prejudis.
Assalam Bro
ReplyDeleteMasalahnya anak kecil masih boleh dilayan dengan baik walaupun banyak karenahnya... tapi kalau dan pemimpin puak pembangkang ni bak kata P. Ramlee,,, tua kutuk nak mampus takan nak dilayan Bro... Kerajaan perlu jaga rakyat jelata yang ramai.. bukan jaga bontot pemimpin rakus puak pembangkang yang rumah kata pergi kubur kata mari... Biarkan mereka dengan alam fantasia dunia haprak mereka... Kalau setakat nak membangkang aje baik tak payah layan...