AdSense

Wednesday, September 21, 2011

Apa tak kena pada Dr Mc Donald ?

Semalam menyaksikan peguambela Anwar Ibrahim seolah-olah tidak berpuas hati dengan cara pakar DNA Dr Brian Mc Donald menjawab soal balas dari pihak pendakwaraya.



Seolah-olah ada yang tak kena pada warganegara Australia itu.
Sekejap tak setuju, sekejap setuju.
Seolah-olah mahu mengelirukan mahkamah.

Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA Australia Dr Brian Mc Donald - bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam. -Malaysiakini

Apa tak kena pada Dr Mc Donald?
Kebiasaan apabila seseorang yang menyokong mereka, tiba-tiba kelihatan berpaling tadah, maka hukum 'murtad' bakal dikenakan terhadap individu terbabit.
Bukan itu sahaja, gelaran si tukang pembeli dan si tukang kena jual juga akan dilaungkan.
Dalam erti kata lain si polan telah dibeli oleh si polan.
Berbagai fatwa  tiba-tiba wujud.
Itu adalah rutin yang dilakukan mereka dalam pakatan pembangkang.
Masih tidak mampu berpijak diatas bumi nyata.
Mudahan-mudahan perkara seumpama itu tidak berlaku lagi.
Mudahan-mudahan mereka lebih matang dalam segala hal.

Dan dari komen-komen dari penyokong tegar DSAI, seolah-olah mereka sudah tiada agama lagi terutamanya yang terang-terang menunjukkan mereka beragama Islam (merujuk nama, gambar, cara penulisan)

Apakah mereka lupa apa yang menimpa kaum-kaum Nabi Luth?
Dan kenapa ada golongan yang menentang (DSAI) ?
KERANA ALLAH MENURUNKAN BALA KEPADA SEMUA!
Kita pusing kemana sekalipun, Al-Quran adalah rujukan utama umat Islam !


Hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya. Sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan.  (Hadis riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya)


No comments:

Post a Comment