AdSense

Tuesday, September 20, 2011

DESAKAN ramai, ketagih saman dari DSAI

Anwar Ibrahim dikenali sebagai kaki saman.
Selain sensitif dengan nama chinna doll, orang nombor 2 dalam PAS juga menggelarkannya Al-Juburi suatu ketika dahulu.
Kini didesak supaya tidak play-save dalam karier politik.
Play-save dalam erti kata lain, TIDAK MAHU MEMBERI KOMEN BERHUBUNG ISU MORAL.
Sepertimana dilaporkan kebanyakan akhbar dan berita semalam.


Didesak untuk menyaman Dato Eskay.
Juga didesak untuk menyaman blogger yang DSAI gelarkan mereka sebagai penfitnah.
Samanlah, dahulu bukan main berlagak nak menyaman Tun Mahathir atas sebab Tun M menggelarkan beliau sebagai pengamal homoseksual.
LAWAN TETAP LAWAN akhirnya kalah.
Kini banyak blog memainkan video seksnya lebih-lebih lagi blog kesayangan DSAI, papagomo.
Terkini video CCTV berwarna lagi. Dan bakal menyusul lagi video yang lain.
Apakah Anwar begitu resah sehingga lupa hobinya saman-menyaman itu?
 Bloger-bloger yang banyak bercerita mengenai video seks Anwar ini bukanlah semata-mata mahu mengaibkan individu yang digelar Anugerah Tuhan oleh isteri sendiri itu.
Bukanlah niat mahu menayangkan sesuatu bahan lucah semata-mata.
Apatah lagi mahu dipertontonkan kepada khalayak ramai hanya bertujuan untuk menaikkan nafsu syahwat.
Tetapi harus diingat, seorang pemimpin yang mempunyai masalah moral tidak harus diangkat menjadi pemimpin apatah lagi sebagai Perdana Menteri!

Di barat, pemimpin yang mempunyai masalah moral juga meletak jawatan.
Sedangkan di Indonesia, HANYA menonton, BUKAN melakukan, pun berbuat tindakan sama.
Itu sesuatu kejadian yang harus diingat oleh semua!
Terutamanya penyokong taksub pakatan pembangkang.

Bloger-bloger yang digelar sebagai penfitnah ini hanya mahu menuntut keadilan!
Bloger yang tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu!
Sudah-sudahlah DSAI, ambillah sikap merendah diri.
Buang sifat ego itu.
LAWAN TETAP LAWAN itu hanya memperlihat dan memperbodohkan diri anda sendiri.

Dato Sri cakap Dato Sri tak kenal Eskay? Habis yang ini apa? Photoshop?

No comments:

Post a Comment