AdSense

Wednesday, August 10, 2011

Hadi Suruh Tanya Mufti

Baru-baru ni ketika sidang media PAS berkenaan isu memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Damansara Utama, dan ketika diaju soalan wartawan berhubung isu murtad dan kata Presiden PAS, "itu kena tanya Mufti lah, mereka ada kuliah"

Dan ia telah dijawab oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid.
Beliau ketika ditanya pemberita Utusan, menegaskan adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu TIDAK BOLEH DIJUAL-BELI dengan apa cara sekalipun, hatta kepentingan politik.



Jelas, Presiden PAS yang kononnya akan menyelesaikan masalah ini dengan bertemu pihak gereja dan JAIS adalah seorang yang bacul. Kenapa bacul? Kerana seorang yang arif dalam bidang agama seperti Hassan Ali yang begitu lantang menentang isu murtad ini di tong sampah kan oleh mereka dikalangan PAS! PAS sebenarnya begitu 'play safe' dalam isu agama terutamanya ia melibatkan sahabat mereka iaitu DAP dan pula ia berlaku di kampung mereka sendiri, Selangor. Apa akan jadi sekiranya ia berlaku di pihak kerajaan? Tidak lain tidak bukan, caci maki pasti tersembur dari lidah 'ulamak-ulamak' di dalam PAS.

Dan dengan penjelasan seorang yang bergelar mufti itu yang tiada kepentingan dalam politik, kita khususnya rakyat Selangor harus sedar yang mana kaca yang mana permata. Yang mana memerintah untuk kepentingan diri sendiri dan yang mana membela orang Islam!

No comments:

Post a Comment