AdSense

Thursday, August 11, 2011

Dr Asri Balun JAIS kerana Dendam


JAIS hanya menjalankan kerja mereka dalam membela orang Islam. Salahkah tindakan mereka yang hanya mahu menyiasat apa yang saudara Islam mereka buat? Samalah juga dengan tangkapan terhadap orang Islam yang makan dikhalayak ramai ketika Ramadhan. Jika orang yang tidak berpuasa ditangkap ketika makan di bulan Ramadhan di sebuah kedai bukan Islam. Ia adalah satu keuntungan kepada peniaga tersebut. Dan apakah peniaga itu mahu menyaman pihak berkuasa? Saman kerana menyebabkan mereka rugi? Saman kerana 'menceroboh' kedai mereka?

Tindakan Dr Asri yang memutar-belitkan umat Islam di Malaysia :

“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini. (portal anti-Islam dan Melayu)


Dan ini jawapan seorang ISLAM sebenar :

Setakat pemerhatian dibuat .. saya melihat komen-komen yang menekan JAIS adalah kebenyakannya TIDAK ADIL kerana :-

1- Menggunakan istilah "serbu" atau "ceroboh" adalah tidak tepat. Apa yang berlaku adalah pemeriksaan dibuat setelah mendapat kebenaran melalui perbincangan yang memakan masa hampir sejam. Komen Dr. Asri juga adalah keterlaluan dan partisan.

Sila perhatikan petikan ini = “Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,”. Jelas Dr. Asri telah menggunakan perkataan "diceroboh" dan "didakwa". Inilah adalah analogi yang bersifat menghasut. ia buka hujah, hanya lontaran akal.

2- Salahkah JAIS melakukan pemeriksaan di bawah peruntukan undang-undang yang ada. Kata-kata Asri = "sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang" adalah hujah akal yang tidak berpijak dibumi nyata. Undang-undang yang ada sekarang adalah bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam. Apa yang cuba dipertikai sekarang ialah prosedur pemeriksaan tersebut, bukannya undang-udang. Oleh itu kita harus membezakan antara dua perkara yang berbeza. Jika kuasa Islam yang "sekakang kera" yang ada inipun cuba dipertikaikan oleh orang islam sendiri, apakah orang Kristian atau bukan Islam akan memberi peruntukan tambahan bila kita beriya-iya membela mereka? .. Renunglah sejenak.

3- Dr. Asri sepatutnya tunggu dulu laporan JAIS. Apa tujuan ulasan-ulasan mentah seperti ini. Lagipun beliau tak adapun sewaktu pemeriksaan dibuat. Makna nya gambaran sebenar kejadian tersebut tidak jelas. Beliau tidak berhak sama sekali untuk membuat ulasan awal seperti ini.

4- Dr. Asri seolah-olah beranggapan negara seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah lebih lunak dalam hubungan mereka dengan orang islam berbanding Malaysia. Wahai Dr. Asri apakah kamu lupa bagaiman orang islam di Takbai dibunuh dan ditembak seweang-wenangnya. Bagaimanakah makmum dalam Masji Krisik di tembak sewaktu sedang berjemaah, Bagaimana orang Islam bangsa Hugo di China dipakasa agar tidak berpuasa sekarang, Bagaimana etnik Albania mula ditekan kembali pada hari ini, Bagaimana Purdah atau Niqab tidak dibenarkan diPerancis dan macam-macam lagi. Mana pembelaan anda dalam kes seperti ini? Jangan lupa semua itu. Adakah JAIS telah bertindak sampai ke tahap itu?

5- TAHNIAH Saudara Haji Mohammad bin Jusoh .. saya sudah rasa mual dengan mereka yang tak habis-habis mempertikaikan kuasa Islam yang secarik ada di Malaysia ini hanya kerana bias atau simpati kepada aliran pemikiran kepartian .. Ingat hanya PATI ALLAH sahaja yang menang. Kepada mereka yang terlalu percaya kepada system parti hari ini, cuba kaji ciri parti anda sekarang adakah ia sudah menepati maksud firman Allah surah al-Maidah /51-56 dan seterusnya.


Pendedahan awal oleh Blog RBF online

No comments:

Post a Comment