AdSense

Thursday, April 17, 2025

Sin Chew sudah minta maaf, jadi tak perlu diambil tindakan undang-undang - YB DAP Lee Chin Chen

 



Terbaca hantaran FB Liyana Marzuki yang disiarkan semalam, 16 April 2025 jam 10.22 malam.


Kepada yang tak kenal Liyana Marzuki (LM), beliau adalah seorang pempengaruh yang terkenal dengan penulisan politik dengan memiliki latar belakang hebat dalam perundangan.


Melihat kepada hantaran silam, LM dilihat sering mengkritik parti MCA ketimbang DAP, terutama berkaitan isu orang Cina. Seorang lagi pempengaruh politik, Adrian Lim Chee En yang dilihat pentaksub PKR pula sering dijadikan penterjemah (Bahasa Mandarin kepada Bahasa Melayu) oleh LM.






Cuma berhubung insiden Sin Chew Daily atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, LM dilihat seolah-olah cuba mengaitkan MCA.


Dapat dilihat hantaran FB LM dilampirkan sekali dengan bendera parti MCA. Maka berduyun-duyun komen menghentam MCA di ruangan komen FB beliau. Ya, LM tiada kuasa untuk menyekat komen-komen tersebut.


Hakikatnya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga memiliki imej bintang.





Portal rasmi TUDM


Berhubung isu ini juga, pemimpin DAP dilihat mempertahankan Sin Chew dengan mengatakan, Sin Chew sudah minta maaf, jadi tak perlu diambil tindakan undang-undang. 


Siapa pemimpin DAP tersebut? Beliau ialah YB DAP Lee Chin Chen, Timbalan Speaker DUN Pahang yang juga ADUN Kawasan Bilut, Pengerusi DAP Pahang dan AJK Tertinggi Pusat DAP.


Kenyataan YB DAP ini disiarkan di platform media bahasa Cina termasuk lidah rasmi parti, Roketkini;


Roketkini versi Mandarin


Sin Chew


Oriental daily


(Mohon kejutkan Adrian Lim Chee En untuk terjemahkan laporan berita di atas)


Walhal pihak PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.


Polis siasat Sin Chew Daily siar Jalur Gemilang tak lengkap - KPN


Malah, YDP Agong turut bertitah,


“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,”


Tak boleh terima silap papar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, tegas Agong





Seiring 'slogan' LM iaitu "Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah…", jadi, apa respon LM terhadap pemimpin DAP ini?


Suaralensa

17 April 2025

No comments:

Post a Comment