Minggu lepas, Pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Roger Ng enggan hadir ke mahkamah untuk menjelaskan kenapa permintaan Najib untuk temuduga Roger Ng ditolak.
Minggu ini pula, Kementerian Dalam Negari tolak permintaan Najib untuk Ketua Polis Negara kini untuk hadir ke mahkamah untuk beri keterangan berkenaan siasatan mereka terhadap Jasmine Loo dan Roger Ng.
Kedua-dua permintaan ini adalah usaha peguam pembelaan Najib untuk mendapat penjelasan dari Jasmine Loo dan Roger Ng - iaitu satu tindakan yang sangat penting bagi pembelaan Najib.
Jasmine Loo merupakan peguam kanan dalam 1MDB ketika dana syarikat itu hilang.
Dia yang bertanggung jawab atas pelbagai perjanjian utama yang membawa kepada kehilangan berbilion ringgit dan merupakan individu paling rapat dengan Jho Low.
Roger Ng, bekas pengurus besar Goldman Sachs, pula adalah individu yang telah pun disabitkan bersalah oleh mahkamah di Amerika Syarikat atas kesalahan berpakat dengan Jho Low untuk menipu 1MDB.
Semasa perbicaraan di Amerika, peguam Roger Ng pernah keluarkan kenyataan media bahawa mereka mempunyai bukti-bukti disifatkan sebagai ekskulpatori yang boleh membebaskan Najib dalam kes 1MDB tetapi bukti tersebut telah dihalang oleh pihak DOJ dan mahkamah daripada diserahkan kepada pasukan pembelaan Najib.
Jadi persoalannya, kamu kata Najib perlu bela diri tetapi kenapa pula kamu tidak benarkan dia akses kepada saksi-saksi dan bukti yang boleh membantu pembelaannya.
Sebab itu, kenapa pula Jabatan Pejabat Menteri Malaysia dan Kementerian Dalam Negari menghalang usaha Najib ini melibatkan dua orang saksi paling penting pada fasa paling kritikal kes?
Apa yang korang mahu sorok lagi?
Ini mahu beri peluang bela diri atau mahu pastikan dia jatuh apa pun keadaannya?
Lim Sian See
17 April 2025
https://www.facebook.com/share/1YZ3ADpLrZ/
No comments:
Post a Comment