AdSense

Monday, April 14, 2025

"SAYA PUN NAIK DARAH JUGA BANYAK ORANG MENCEROBOH TANAH NEGERI PAHANG INI" - Sultan Pahang



Dua hari lepas, iaitu pada Jumaat, 11 April 2025, Ketua Pemuda MCA Pahang, saudari Wong Siew Mun telah memuatnaik video mempersoal tindakan Ahli Parlimen Raub DARIPADA PARTI DAP, YB Chow Yu Hui yang dilihat gagal menyelesaikan isu pencerobohan tanah haram yang menanam pokok durian Musang King.


Setakat artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 1.4 juta tontonan.


Video Siew Mun boleh ditonton di sini, KLIK


Ramai yang puji Siew Mun, kerana walaupun beliau seorang berbangsa Cina, tetapi tetap berpegang teguh kepada Kedaulatan Undang-undang, iaitu salah satu Prinsip Rukun Negara di Malaysia.


Biarpun majoriti pekebun terdiri daripada orang Cina, tetapi bagi Siew Mun, undang-undang tetap wajib dipelihara. Sebab itulah beliau mempersoal YB DAP yang tidak menggunakan saluran betul dalam mengatasi isu ini.


Kenapa YB DAP dilihat begitu emosi dalam hal ini? 


Syukur, parti MCA masih kukuh berdiri dan memiliki pemimpin yang matang serta berpelajaran seperti Wong Siew Mun. MCA adalah parti moderat atau bersederhana dan tidak ekstrem. Apa guna jadi hero bagi sesuatu kaum tetapi melanggar undang-undang dan memecah-belahkan masyarakat?


Semalam, 13 April 2025, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman, berkata YB DAP, Yu Hui yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA), akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


"Setakat ini, tiga laporan polis telah diterima membabitkan operasi itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.


Isu kebun durian: Ahli Parlimen Raub antara 5 individu akan dipanggil bantu siasatan polis


Terdahulu, Sultan Pahang murka berkenaan kes-kes pencerobohan tanah di negeri Pahang. Baginda bertitah, 


"JANGAN BAGI ORANG MENCEROBOH TANAH-TANAH NEGERI PAHANG INI. SAYA PUN NAIK DARAH JUGA BANYAK ORANG MENCEROBOH TANAH NEGERI PAHANG INI. SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERKERAS DAN MEREKA-MEREKA YANG MENCEROBOH INI, TANAH-TANAH DI NEGERI PAHANG INI. KITA AKAN BERTINDAK SEDEMIKIAN DAN KITA AKAN SELESAIKAN SECARA BAIK."


Video di sini, KLIK


Apa kata YB DAP Raub? Apa kata pemimpin DAP? Adakah mereka akan memohon ampun? Adakah mereka akan dihukum tegas bersama penceroboh tanah yang lain?


Suaralensa

14 April 2025




No comments:

Post a Comment