Dalam hantaran di FB, Datuk Gerald Hans Isaac yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) (Parti pemerintah ketika ini) kata;
"Penggal berkhidmat di Perbadanan Stadium Malaysia telah pun berakhir. Kini saya akan melangkah ke dalam industri yang berjaya melonjakkan nama saya ke suatu peringkat.
"Pernah menjawat sebagai Pengerusi FINAS dan terpaksa melepaskan jawatan selepas berlakunya ketidakseimbangan politik semasa itu. Berbagai manifesto yang ingin saya laksanakan di dalam industri seni selain mengangkat pejuang belakang tabir agar menerima kesamaan setanding keringat mereka.
"Kini, saya akan kembali memegang amanah sebagai Pengerusi FINAS bagi penggal baru. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Komunikasi, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil atas kepercayaan untuk saya melaksanakan tanggungjawab di dalam FINAS."
Ini BUKAN lantikan politik. Kalau dia orang UMNO-BN, barulah dikatakan lantikan politik.
(Jaga komen, raya dah dekat)
Suara Lensa
28 Mac 2025
No comments:
Post a Comment